Niat Untuk Mengembara

Bercerita tentang kembara, ramai orang akan suka mengembara...

Bila sebut tentang kembara, ia bukanlah satu perkara mudah terutama yang sudah berkeluarga.

Selepas saya berumahtangga, suami saya mengajak untuk mengembara... mencari pengalaman bekerja di luar negara.  Kami bukanlah daripada keluarga yang senang, simpanan juga tidak banyak.  Cukup untuk menyara keluarga sendiri.

Saya dan suami banyak berdikari sendiri.  Kadang-kadang saya terfikir dan sering mengucapkan syukur... walaupun kami mempunyai impian tetapi pasangan saya tetap mengutamakan keluarganya.  Dia tetap memastikan keluarganya terutama ibunya cukup keperluan.  Baginya, bila seorang ibu hatinya gembira, perjalanan hidupnya lebih berkat.  Maka, jagalah hatinya...

Antara salah satu niat untuk kembara, kami ingin mencari pendapatan yang lebih.  Negara pertama yang kami teroka ialah Qatar.  Namun begitu, ia tidak seindah yang difikirkan... selepas setahun tinggal di Qatar.  Kami mengambil keputusan pulang semula ke Tanahair kerana tiada peningkatan dalam simpanan wang.  Kehidupan di Qatar tidaklah seselesa mana tapi saya tetap bersyukur kerana saya dikelilingi kawan-kawan yang sangat baik serta mengambil berat tentang kami.  

Lagipun, pada masa itu saya ingin melahirkan anak pertama.  Perbelanjaan untuk bersalin di Qatar sangat mahal..  Maka, keputusan untuk pulang ke Tanahair adalah keputusan yang tepat.  Walaupun, bila pulang ke Tanahair, suami tiada pekerjaan.  Tetapi, saya boleh masuk semula pejabat lama dan bekerja seperti biasa.  Syukur..

Sememangnya saya dan suami banyak keluar bekerja di luar negara.  Jarang sangat, saya dan suami keluar negara berjalan-jalan atas wang sendiri.

Di Malaysia, saya dan suami sering cuba mencari peluang untuk meningkatkan pendapatan.  

Pelbagai cabaran dan dugaan... saya yakin apabila dugaan dan ujian yang hadir ia akan berakhir dengan pengakhiran yang manis.  Walaupun, bukan semua kemanisan yang Tuhan akan balas itu segera...namun saya percaya...Tuhan Maha Baik.  Banyak sangat doa saya yang dimakbulkan... Alhamdullilah..

Di Malaysia, saya dan suami sering hidup berjauhan.  Saya sering menjadi 'weekend wife', kadang-kadang bukan weekend sahaja dapat berjumpa...malah berminggu-minggu baru dapat bertemu pasangan.  Atas urusan kerja.  Di Malaysia, saya juga bekerja dan saya juga seorang yang sibuk dengan urusan kerja.  

Pernah sekali, saya outstation ke Bangkok, Thailand... suami pula di Korea Selatan selama berhari-hari.  Anak-anak saya tinggalkan bersama pembantu rumah.  Syukur syukur Alhamdullilah, saya mempunyai pembantu rumah yang baik.  Saya sering berdoa semoga saya sentiasa dikurniakan pembantu rumah yang baik dan bertanggungjawab.

Apa-apa pun saya mohon pada Allah Taala, dipelihara daripada segala fitnah manusia.  Kehidupan saya dan suami yang sibuk dan sering berjauhan membuatkan ramai yang tertanya-tanya.  Saya sangat percaya dengan bersangka baik pada pasangan dan sering berdoa padaNya.  Saya selalu mohon supaya satu hari nanti saya dapat tinggal sama-sama dalam satu rumah. Bukan lagi jarang-jarang jumpa suami dan anak-anak...  Ye... Kanada adalah tempat yang kami hidup sebagai sebuah keluarga..

Pada saya, berdoa dan mengikut apa yang disuruh olehNya.  Itu adalah keutamaan...Berusaha menjaga hakNya dimana sahaja kita berada.  Tidak kira dunia mana yang kita pijak.  

Pasti InsyaAllah.. Tuhan akan pelihara kita.  

PERCAYALAH...


Koleksi Sitikb
Semasa Di Stewart, British Columbia, Canada


0 ulasan