Semasa saya menjadi seorang pelajar universiti (Ijazah Sarjana Muda) saya telah mendapat mendapat tajaan pinjaman dengan Yayasan Selangor. Dua puluh tahun yang lalu, boleh agak umur saya berapa ye sekarang...
Satu semester ada empat bulan, jadi selama satu semester pihak Yayasan akan beri sebanyak RM 2 ribu kepada saya sebelum ditolak yuran pengajian pelajaran. Tinggallah beberapa ratus.. itulah bayaran yang perlu digunakan untuk perbelanjaan makan, minum, beli buku, photostat dan bayaran sewa rumah selama satu semester.
Sewa rumah sebulan RM 90 yang perlu dibayar setiap bulan kepada tuan rumah. Seramai 10 orang rakan yang berkongsi serumah.
Saya banyak berjalan kaki ke kuliah kerana rumah saya berdekatan dengan kampus. Nak kata dekat, berpeluh lenjun juga lah bila sampai ke kelas.
Abah kadang-kadang beri wang saku sebanyak RM 50 selama sebulan. Setiap kali, selepas Abah memberi wang saku mesti Abah memesan...
"Nah, duit belanja makan. Pandai-pandai la berjimat, Abah tak dapat beri lebih"...
Abah datang hantar bersama nasi bungkus bekalan daripada Mak. Mak pesan kongsi dengan kawan-kawan. Cukup untuk makan sampai malam. Abah datang sebab nak hantar duit belanja...
Sepanjang saya belajar di universiti pernah dua kali Abah datang melawat. Itupun tak sampai 30 minit. Masa itu, selalu saya fikir Abah tak sayangkan saya. Walaupun jarak perjalanan rumah saya dari universiti tidak la jauh mana sekadar perjalanan 1 jam setengah.
Bertahun saya berfikir tentang itu, sekarang baru saya tahu...sebenarnya duit saku Abah cukup-cukup untuk sampai ke universiti. Nak sampai ke universiti, banyak laluan tol yang wajib ditempuhi. Saya tidak pelik Abah berkira-kira untuk datang kerana kos itu tinggi.
Abah pesan, kalau tak ada assignment. Boleh balik naik bas...
Murah sikit... walaupun 4 jam baru sampai depan rumah sebab tiga kali tukar bas. Sebulan sekali, ada la saya balik jumpa Mak. Bukan tak boleh balik tiap minggu tapi duit poket cukup-cukup. Sangat penat, bila kena tukar-tukar bas, tunggu bas sehingga tiga kali. Dengan asap bas tambah pula asap rokok sekeliling. Ia memang merimaskan...
Kalau balik, dapat makan sedap sikit masakan Mak. Dapat bawa balik bekal makanan.
Begitulah...
Kadang-kadang bila saya mengenangkan kehidupan zaman belajar zaman dua puluh tahun dahulu, saya tidak terfikir langsung saya boleh hidup zaman itu dengan wang di tangan cukup-cukup. Dan, saya yakin kawan-kawan seangkatan dengan saya juga mengalami situasi yang sama seperti saya. Ada yang lebih susah terutama anak-anak Sabah dan Sarawak. Mereka mencari pekerjaan sampingan untuk menampung perbelanjaan semasa.
Dan, saya fikir saya hidup kerana keberkatan daripada kedua orang tua...
Dalam diam... saya terima redhaNya..
![]() |
Gambar di ambil pada waktu senja jam 5 petang |
0 ulasan