Sabtu semalam…
Pada mulanya, berat hati untuk saya ke Terrace. Perasaan malas yang kadang-kadang datang. Bukan sebab malas nak tidur tetapi nak bersenang-lenang dalam rumah di hujung minggu setelah lima hari ke sana-sini urusan persekolahan anak-anak serta suami.
Maka, hujung minggu adalah hari saya. Hahahah.. me time laa
Tapi, anak-anak memujuk saya pergi sama-sama jalan-jalan ke Terrace sambil ambil gambar dan shopping. Ye laa.. shopping la sangat. Memang akhirnya saya tidak membeli apa-apa pun. Saya ambil gambar suasana salji di sekitar bandar Terrace.
Terrace terletak hampir 70 kilometer daripada kediaman saya. Bandar yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 20 ribu. Tak ramai…kan. Korang jangan bandingkan dengan Shah Alam pula ye…hihihi. Ramai sangat bertanya sebenarnya, kenapa tak ramai orang di luar bangunan. Siapa yang nak duduk kat luar ni kalau suhu negatif. Sejuk !! Dok dalam bangunan la… selesa.. pasal salji.. diaorang ni tak hairan dah salji menggunung kat luar rumah. Diaorang kalau nak main salji, diaorang pergi gunung main skiing ⛷.
Jadi, cerita pasal skiing.. Lana dan Umar membeli perkakasan untuk skiing esok. Shames Mountain Resort akan dibuka kepada orang ramai esok…beli sarung tangan je. Kena cari yang sesuai untuk skiing. Peralatan lain seperti ski 🎿 boleh disewa di Shames.
Bila saya lihat keliling sambil jalan-jalan di lorong pejalan kaki. Ternampak KFC dan McDonald. Saya dan keluarga tidak pernah masuk KFC di sini. Walaupun Lana selalu sangat terliur dengan ayam goreng KFC. Alhamdullilah, saya mohon semoga Allah sentiasa pelihara iman saya dan anak-anak. Hidup tak lama kawan… kita jaga pemakanan halal InsyaAllah dalam syurga korang nak makan apa… semua yang haram akan jadi halal di sana. InsyaAllah…
Bukan saya kata saya terbaik tetapi saya mohon padaNya untuk jadi terbaik di mata Allah Taala bukan pada mata manusia.
Sekiranya, ada rezeki kawan-kawan datang ke Kanada. Pesan saya… jagalah iman. Baik daripada segi makanan juga ibadah. Di sini, ramai nama Islam tetapi tidak semestinya mereka praktis apa yang diajar oleh agama Islam. Tidak perlu tempelak apa yang mereka tidak buat yang sepatutnya tetapi kita yang perlu jaga diri kita sendiri. Di sini juga, ramai Islam tidak semestinya mereka beragama Islam. Maka, berhati-hatilah di negara orang.
Semenjak daripada mula saya dan keluarga datang ke daerah terpencil ini, saya memang bercampur gaul dengan komuniti di sini. Itu tidak bermakna saya boleh langgar semua perkara yang dilarang. Bab makanan terutamanya, ramai dikalangan kawan-kawan non-muslim tahu saya tidak makan ayam yang tidak halal. Jangan dimulakan kita membenarkan apa yang terlarang, mereka tidak faham wahai kawan-kawan..
Bab-bab solat… sesungguhnya bila sampai waktu solat saya solat kawan. Alhamdullilah.
Ada tak korang bayangkan bagaimana saya solat ketika salji tebal dan sedang turun dengan lebat sedangkan waktu solat hampir tamat. Kena tahu tau ! Utara Kanada antara kawasan yang sangat pendek waktu siang bila menjelang winter. Hanya 7 jam sahaja siang. Antara saya berkejaran untuk solat adalah Zohor, Asar dan Maghrib. Sebab jarak antara waktu solat itu hanyalah 1 jam sahaja. Dan di sini salji tebal serta suhu di luar bangunan bila winter… SubhanaAllah boleh cecah -30 celcius.
Solat qada’ je la.. ada yang jawab. Baik… kawan-kawan.. membayar hutang dengan manusia pun lewat nak settle kan, ini kan pula solat. Lumrah manusia .. mudah cepat lupa kawan-kawan. Saya amat yakin, kita jaga hukumNya, pasti Allah jaga kita. Percayalah…
Saya bagi beberapa tips.. semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Ok !
1) Bawa kompas. Boleh google untuk cari arah kiblat. Kadang-kadang check kiblat dalam kereta agak kurang tepat sebab banyak besi maka keluar sekejap. Lepas tu masuk dalam kereta semula. Boleh juga guna handset… kadang-kadang habis bateri kan. Bateri cepat habis bila terlalu sejuk..
2) Bawa spray khas untuk air wudu’. Pasang heater pada kereta supaya tidak sejuk bila ambil wudu’. Pastikan ambil wudu’ jangan membazir air. Sebab nak guna untuk 3 waktu solat. Saya bawa 3 botol spray sebab anak-anak seorang satu. Saya boleh kongsi dengan suami.
3) Solat dalam kereta. Pastikan parking kereta dalam keadaan mengadap kiblat. Pandai-pandai la adjust tapi jangan sampai huru-hara sampai orang ramai curious dengan tindakam korang pula. Apa hal la pula kereta tu terpusing-pusing. Bijak dalam bertindak ok…tetiba ada pula pak polis datang … hahaha 🤣 tak ada lah.. I’m joking! bermakna korang solat duduk. Begitulah..
4) Pastikan pakaian yang kita pakai suci daripada najis. Tak perlu nak pakai telekung bagai ! Kalau di rumah .. bolehlah pakai telekung atau berkain pelekat.
Begitulah tips untuk solat ketika salji turun ataupun salji penuh di luar kereta. Tak kan nak bentang tikar kat luar kereta. Sejuk wei… nanti boleh sakit tau! Sebab suhu kat luar tu memang sejuk gila…
Perkara di atas kami lakukan selalunya bila kami keluar ke bandar seperti ke Terrace. Kalau setakat Kitimat… sempat lagi nak solat di rumah.. Untuk pengetahuan semua, sekiranya perjalanan lebih 90 km daripada kediaman korang macam saya. Saya buat solat jamak takdim ataupun solat jamak takhir. Yang ini kena belajar bab lain pula 😆 Sebab apa saya kena solat macam biasa bila ke Terrace sebab Kitimat ke Terrace tak sampai 90 kilometer. Sebab itu, rancanglah perjalanan anda ye.
InsyaAllah, bila hati tenang… korang nak guling-guling atas salji sampai lenjun pun tak jadi masalah punya !
Ok… semoga ia bermanfaat ye!
Byee semua…