Pertama ...
Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Kedua ...
Saya mohon kemaafan kerana buat pembaca tertunggu-tunggu dengan catatan post saya yang ini.
Ketiga ..
Jom..saya kisahkan ok !
Selepas hampir setengah tahun kepulangan ke Tanahair sebenarnya ada baru rasa lega. Banyak perkara sebenarnya yang perlu diselesaikan baik daripada segi mental, fizikal juga emosi. Mungkin kalian tidak percaya, saya mengambil masa agak lama untuk mengadaptasikan diri dengan Malaysia. Tidak dinafikan mungkin kerana usia. Anak-anak juga baru saya perasan selepas mereka bercerita yang mereka sebenarnya baru rasa seronok dengan Malaysia. Begitu juga dengan suami... kejutan demi kejutan daripada segi mental dan emosi.
Saya sentiasa berdoa pada Allah Taala memohon padaNya untuk kami dipermudahkan urusan di sini. Saya amat yakin perasaan dan emosi hanya dialami oleh yang sudah lama diperantauan. Bukan saya tidak pernah merantau ke luar negara dan berkelana selama bertahun-tahun tetapi kali ini di negara yang dikenal sebagai negara beruang, kami sekeluarga agak terkesan. Mungkin kerana kami sudah lebih tiga tahun tidak menjenguk ke Malaysia kerana MCO. Hebat penangan MCO ni tau !
Ok now ! Bagaimana proses kepulangan kami ke Malaysia.
Untuk pengetahuan pembaca perjalanan kali ini adalah paling terpanjang dan lama saya travel pulang ke Malaysia iaitu selama 3 hari... hampir 72 jam. Antara sebab saya terpaksa mengambil route paling jauh kerana satu-satunya airlines di dunia yang memberi kebenaran untuk membawa 3 ekor kucing pulang ke Malaysia iaitu KLM Airlines. Tahniah dan ucapan terima kasih banyak-banyak buat KLM Airlines.
Jangan kata saya tidak cuba untuk airlines lain ye... selama 2 minggu suami, anak-anak dan saya mencari solutions semua airlines. Ada yang menerima kucing kami sehingga Narita Airport, kemudian tidak diberi tukar flight ke Malaysia kerana MAS tidak buka kepada 'Pets' untuk masuk kargo dan terbang ke Malaysia. Kebanyakan akan stuck di airport transit terakhir sebelum sampai di KLIA.
Antara sebab juga kerana saya pulang masih pandemic season akhir, maka banyak airlines tidak bersedia untuk airlines membawa binatang terbang bersama. Isu yang lain juga berlaku kerana dokumen kucing saya tidak lengkap kerana ia perlu di adakan setiap dokumen lengkap di setiap negara yang kami ingin transit walaupun hanya transit selama beberapa jam. Dan, ia terjadi kesilapan apabila ada 1 dokumen yang tersalah signature untuk dokumen masuk ke Europe iaitu Amsterdam Airport. Dan, kami terpaksa buat semula daripada A to Z untuk dokumen masuk ke Europe dan saya sekeluarga terpaksa ubah tarikh flight selama sebulan kerana 1 kesilapan pada signature dokumen.
Masa tu, pakaian hanya tinggal beberapa helai sahaja sebab saya dan keluarga sudah ready untuk fly balik tetapi kerana hanya 1 dokumen, kami mengambil keputusan drastik dalam tempoh seminggu untuk tukar tarikh penerbangan. Sudah lah barang kelengkapan seluruh rumah sudah diangkat oleh mover. Memang saya terduduk memikirkan 'apa yang perlu saya buat?' Hanya berserah pada yang Esa... menangis saya berhari-hari bila dapat keputusan daripada veterinarian di Kanada, dokumen saya tidak lengkap dan saya tidak boleh membawa balik kesemua kucing pulang ke Tanahair. Dan, pada hari saya menerima keputusan dan berita daripada veterinarian.. pertama kali saya berjumpa Carol jiran sebelah rumah bersama masalah yang kami sendiri sudah tiada idea. Cuba menahan untuk menceritakan apa yang berlaku tetapi terus berjurai airmata kami suami isteri di hadapannya. Benar-benar saya dan suami down pada masa itu... namun kata-kata juga idea daripada seorang senior buat saya bangkit untuk terus berjuang mencuba membawa Mika, Mina dan Moji pulang ke Malaysia.
Pada masa ini, moral support daripada rakan sekeliling sangat kuat... kawan-kawan yang benar-benar mengerti perasaan saya sekeluarga cuba untuk mengusahakan menenangkan kami dan memberi banyak idea. Ada yang beri kami pinjam kenderaan untuk memudahkan urusan kami ke sana ke mari selama sebulan. Kebetulan kereta kami sudah di jual seminggu sebelum terbang balik. Saya memang rasa down sangat masa ni... ada kawan yang tolong masakkan untuk kami. Bayangkan lah selama sebulan ini... saya dan suami kena buat betul-betul tanpa error sekali lagi kerana ini peluang yang terakhir. Mental saya cukup letih pada masa itu... Ada banyak procedure juga test yang perlu dilalui. Di sini, saya ingin mengucapkan syukur dan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan saya di Kitimat, walaupun mereka adalah orang sana tetapi mereka layan masalah saya ini seperti saya adalah keluarga mereka.
Saya memang tidak bercerita hal ini pada keluarga dan orang-orang di Malaysia sebab saya tidak mahu serabut kan lagi kepala saya ni. I was in stressful situation but I have to move on handling all this thing. Support daripada orang keliling sangat kuat... saya sujud syukur tentang ini. Allahuakbar... Mungkin tulisan saya ini tidak sama dengan apa yang saya alami.
Saya memang nak balik sebelum Winter ataupun Fall kerana pakaian baju sejuk semuanya sudah di pos ke Malaysia. Masa saya packed baju-baju yang ingin di pos pulang ke Malaysia dengan shipping... hati tu terdetik untuk tinggalkan sepasang. Saya katakan pada anak saya 'in case anything happen we have wintersuite'... yeahhh. It happened. Allahuakbar... ada yang nak bagi pinjam baju lagi tau ! Baiknya diaorang... ada juga yang nak beri tumpang bilik di rumah mereka sebab kontrak sewa rumah kami sudah tamat.
Namun, apabila suami bercerita tentang kisah kami pada owner rumah... saya betul-betul bersyukur kerana katanya boleh duduk sini free sehingga hari terbang dan semoga urusan membawa pets dipermudahkan. Subhanallah... Allahuakbar.. tiada ungkapan selain daripada thanks a lot. Thank you Allah..
Apa yang saya kisahkan di atas semuanya adalah tentang dokumen anak-anak kucing saya. Untuk pengetahuan semua, dokumen saya dan keluarga tiada sebarang isu dan masalah. Tetapi dokumen dan juga tarikh tiket untuk kami semua terbang sekali mestilah sama dan saya tidak boleh terbang berasingan dengan kucing-kucing saya. Jika tiada ataupun tanpa pertolongan daripada kawan-kawan di Kitimat, HR Officer Suzanne (nama samaran), Dr Howard and the gang, officer di setiap airport bos-bos di KL yang juga memberi pelepasan... dengan izinNya serta tawakkal kami dan anak-anak.. saya sendiri tidak kuat untuk menangani situasi ini.
Walaupun beratus kali kawan-kawan meminta dan memujuk saya dan keluarga untuk tinggal dan retire di Kanada, saya kuatkan azam nekad untuk pulang ke Tanahair. Ada ketika saya termakan juga dengan pujuk rayu mereka... saya tahu mereka sangat baik pada saya. Namun, apa yang saya selalu katakan pada mereka "I love this place so much... I have you and also you. You're so kind... but what I want to say is my heart in Malaysia" ..
Maka...
Sejarah...
Pada tarikh 11 Oktober 2022 jam 10.30 pagi, kami sekeluarga pulang ke Malaysia dan mendarat di KLIA jam 6.30 petang pada 14 Oktober 2022. Syukur syukur alhamdullilah...
Moral of the story di atas ialah pastikan semua dokumen tepat dan perlu check berulang kali supaya tidak berlaku kesilapan.
Ingin bertolak Ke Amsterdam Airport Schiphol selepas melepasi check in luggage. Masing-masing handle seekor .... hihihi |
Transit di Amsterdam Airport selama 9 jam. Nak makan pun tak berapa nak lalu... |
Transit selama 1 hari di Vancouver Airport. Pemandangan Vancouver Airport. |
Si bulus transit di Vancouver Airport selama 1 malam (The Fairmont Vancouver Airport) |
Barang Si Bulus Yang ditinggalkan serta diamanahkan kepada sahabat saya di Kitimat. |
Alhamdullilah sampai di Tanahair |
Vancouver Airport |
Esok nak terbang ke Amsterdam, bermalam di Vancouver Hotel (The Fairmont Vancouver Airport) |
Lepak di Amsterdam Airport, transit selam 9 jam. Si bulus sedang tidur. |
Semasa di Vancouver Airport, baru tiba dari Terrace Airport untuk mengambil lugagge. |
Mika kepenatan.. semasa transit Vancouver Airport Hotel |
Saat menunggu untuk anak-anak bulus kuarantin selama 10 hari selepas selamat mendarat. |
Saat terakhir sebelum meninggalkan rumah di Kanada |
Tiba di KLIA sambil tunggu train untuk ke terminal ketibaan |
Next transit Changi Singapore Airport dengan KLM Airlines |
Kenangan transit di Amsterdam Airport, terhuyung-hayang rasanya pada masa ini. |
Mina melihat flights yang akan terbang ke Tanahair |
Bersedia untuk terbang ke Amsterdam. Kedudukan si anak bulus diletakkan bawah seat. |
Vancouver Airport |
Cara si anak-anak bulus di letakkan sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia |