Sehari Bersama Ms Margaret membuat kad. Kami terbahagi kepada dua kumpulan kerana permintaan yang tinggi.
Yang paling menyeronokkan kelas ini secara percuma, ditaja sepenuhnya oleh English Community Corner. Tak ke bahagia rasanya? Hanya bawa badan dan boleh bawa balik hasilnya. 😍😍
Dan, saya paling seronok belajar dengan Ms Margaret kerana beliau mengajar secara perlahan dan teratur. Sesuai dengan statusnya merupakan seorang pesara guru. Bahasa yang digunakan sudah tentulah bahasa Inggeris. Baru ku tahu selama ini kad-kad yang dikirimkan pada saya sangat rumit untuk membuatnya.
|
Bersama peserta Card Making |
|
Bersama Margaret (cikgu pencen minah saleh) |
|
Suasana semasa aktiviti 'Card Making' |
Delicious Bread
|
Land of Nod Bread |
Kisah ini sudah lama... tetapi saya simpan di dalam ini tanpa press the publish button.
Roti yang dibuat oleh anak saya Lana. Kami belajar bersama dengan jiran sebelah. Seronoknya sebab dapat mencuba resepi turun-temurun kata Carol.
Walaupun percubaan kali kedua tidak secantik semasa mengadun bersama Carol tetapi nikmatnya. Adoii sedapnya…
Terasa sangat berada di Tanah Enggeriss… memang pun kan..
Alhamdullilah. Syukur … MasyaAllah.
Dua minggu sebelum cuti sekolah Winter Break, kebiasaannya seluruh bandar Kitimat akan sibuk dengan pelbagai aktiviti samada pameran kraf, jualan amal, aktiviti membina pokok krismas serta pelbagai aktiviti yang berkisar perayaan Krismas.
Maka, saya juga adalah juga menjadi penyibuk ! Saja-saja menyibukkan sementara menunggu anak-anak pulang daripada sekolah. Walaupun ada kala, kekangan dengan masa tetapi permintaan kawan-kawan… tak sampai hati untuk kata tidak..
Begitulah.. hidup berkomuniti.
Kalau ada yang perasan, antara aktiviti yang saya sertai ialah membuat pokok krismas. Bila sudah selesai, ada kawan-kawan kata pada saya hadiahkan pada kawan yang menyambut Krismas. Terus teringat pada seseorang…
Sebelum tiba di rumah, saya singgah di rumah salah seorang jiran saya untuk menyampaikan pokok krismas tersebut. Punyalah suka anak-anaknya sampaikan buat kad khas tanda ucapan terima kasih. Alahai.. cute sangat !
Selain daripada itu, menerima jemputan makan tengahari daripada kawan-kawan. Sebab saya muslim, selalunya kawan-kawan saya akan menyiapkan makanan yang saya boleh makan. Bagi saya, sekiranya tiada makanan yang boleh di makan… minum kopi pun ok. Yang penting meraikan jemputan kawan-kawan. Betul tak ?
|
Cookies yang di masak oleh suami seorang kawan saya.. |
|
Comel je kan ! |
|
Aktiviti membina pokok krismas |
|
Cak !!! |
|
Cak !!! |
|
Makan tengahari di rumah Raqael |
|
Permintaan daripada Raqael untuk saya mengabadikan gambar di pokok Krismasnya |
I took 5 days to sew this backpack. Very cute bag. Suitable for kids 2 - 4 years old.
I used fusible foam for outer bag and cotton fabric for inner bag.
This is just one reason why i made this backpack. It was just special for Henry. Recently, he was wearing his hat which is same design fabric i keep it for a long time. I saw him playing in the lawn with his Nanny.
Then, i was wondering to sew a special backpack for him.
So, today Henry will go back for good to his home country. I will miss you boy ! Hope to see you again one day.
For those, who want to try sewing the mini backpack.
Do not hesitate to call my Teacher Nasir Hamzah +6019-7826208 . Instagram and Facebook :- Nasir Hamzah. He got so many tutorial bags and easier to understand for each step.
|
Mini Backpack |
Ini merupakan bakul jahitan saya yang siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.
Ia merupakan niat saya untuk menjahit sesuatu buat kawan-kawan saya di sini. Untuk kali ini saya telah berjaya menyiapkan sebanyak 5 biji bakul termasuk diri saya punya. Tidaklah berapa kemas tetapi ia merupakan satu kepuasan apabila dapat menjahit bakul ini.
Nampak comel sangat. hihihi
Ia merupakan pattern daripada www.sewsweetness.com . Sangat mudah untuk menyiapkannya kerana Sara Lawson mempunyai video tutorial di YouTube channel Sewsweetness .
Kepada rakan-rakan yang masih baru dalam dunia jahitan. Saya cadangkan boleh ikuti jahitan di channel Sara Lawson. Boleh juga print pattern daripada website beliau.
|
Bila Menjahit Dengan Si Bulus, Pemberi Inspirasi |
Ini merupakan post pertama tentang aktiviti kraf. Blog ini akan berkisar tentang aktiviti kraf dan jahitan saya.
Sejak menetap di Kitimat, BC, Canada, saya cuba mencari kedai kain yang berdekatan dengan rumah. Dan, yang paling hampir dengan rumah lebih kurang 70 km iaitu di bandar Terrace.
Ada 2 kedai untuk kelengkapan jahitan iaitu Creative Zone dan Fabricland.
Alhamdullilah, walaupun tidak besar mana kedai ini tetapi cukup untuk saya dan anak perempuan saya melakukan aktiviti kraf. Aktiviti kraf untuk mengisi masa lapang kami di sini.
InsyaAllah, saya akan update dari semasa ke semasa tentang kraf dan juga jahitan tangan. Semoga blog ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua dalam memanfaatkan masa yang ada.
Ini merupakan mesin jahit yang di berikan pada saya ke Kanada daripada bonda saya. Jauh betul perjalanan mesin ni kan. Walaupun usianya sudah lebih 10 tahun tetapi ia banyak memberi kebaikan kepada kami di sini. Banyak juga hasilnya daripada mesin ini.
Semoga ia memberi manfaat kepada kami sekeluarga.