Dear My Journal …
Hampir setiap hari Selasa pasti saya ada aktiviti luar bersama kawan-kawan. Kali ini kami hiking ke Pine Creek Trail yang terletak 5 kilometer daripada rumah saya. Dekat sahaja kan…
Pernah juga datang ke sini dengan anak-anak sambil mengayuh basikal. Melalui jalan yang tidak berturap sambil menghayati alam semulajadi hutan di Kitimat.
Jadi, kali ini bersama kawan-kawan yang diketuai oleh Sam.
Menariknya sebelum kami ke Pine Creek Trail, Sam telah menjemput rakannya iaitu Manny. Beliau mempunyai hobi iaitu mengutip cendawan liar. Beliau membawa beberapa buku dan cendawan yang dikutip pada awal pagi itu untuk di tatapan kami semua. Dan, satu perkara Manny membawa cendawan chanterelle yang sudah siap dimasak. Sedap tau !
Manny menerangkan tentang cendawan-cendawan yang boleh di makan dan cendawan yang beracun di kawasan Kitimat. Rupa-rupanya cendawan yang kita lihat yang cantik-cantik macam dalam cerita Snow White tu semuanya beracun, dilarang sama sekali dimakan.
Di akhir sesi penerangan itu, Manny offer kepada sesiapa dikalangan kami untuk ambil cendawan yang dia bawa. Saya menawarkan diri dan selepas dua minggu baru saya masak menggunakan resepi Melayu. Biasa la kan… habis kecoh dalam group WhatsApp. Hahahha…
“Tak jemput pun kami dinner bersama”, kata Dora pada saya.
“Oh, I’m so sorry. I didn’t mean it”, jawab saya.
“It’s fine. I’m joking”, kata Dora pula.
Berbalik cerita tadi. Habis sesi bersama Manny… kami meneruskan acara hiking iaitu ke Pine Creek Trail. Tujuan utama kami ke Pine Creek ini untuk mencari cendawan chanterelle. Tetapi, tidak ada satu cendawan chanterelle pun kami jumpa. Hanya yang ada hanyalah cendawan yang tidak boleh di makan.
Menurut Sam, Pine Creek ini merupakan hutan yang berusia lebih 500 tahun. Ada betul juga sebab pokok-pokok disekeliling kami seperti pokok-pokok lama. Macam dalam cerita Hollywood pun ada !
Jom saya kongsikan gambar dan channel YouTube pada hari tersebut !