The Official Siti Khairulbariah Blog
The Official Siti Khairulbariah Blog
  • Home
  • Travel
  • Affiliate
  • Features
    • Tinta Penulis
    • Aktiviti
      • My Pets
      • kisah anak-anak
      • Dari Bilik Kraf
      • Dari Kamar Dapur
      • Category 5
    • My Karya
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Catatan Pengalaman

Aktiviti

Dari Bilik Kraf


Bila anak-anak sudah masuk ke sekolah semula.... bermakna rutin untuk menjadi driver ke sekolah setiap hari sudah tiada.  Anak-anak sudah masuk asrama, tinggallah saya dengan 3 ekor kucing yang comel.  Bela kucing ni sibuknya lain tapi tetap sibuk sebab wajib jaga kebersihan mereka... kalau tidak memang busuk la rumah kita.  Berbulu kan ...

Semenjak minggu lepas lagi, saya sudah terfikir untuk aktif semula berblog. Teringat semasa di Kanada, setiap hari pasti ada masa terluang untuk berkarya di blog ini.  Bukan tidak sibuk, bahkan masa saya penuh setiap hari dengan aktiviti harian anak-anak dan di sana wajib memasak setiap hari. Tidak ada pasar malam untuk dikunjungi... tiada makanan yang boleh dibeli di tepi-tepi jalan. Malah teringin goreng pisang ataupun cekodok tepung pun kena masak sendiri. Macam-macam nak kongsikan di sini.

Tetapi di sini di Malaysia, sibuknya berbeza.... kalau disana kehidupan hanya keluarga sendiri tetapi di sini ada sanak-saudara... ada kenduri kendara... ada kampung halaman ... ada orang tua yang perlu dikunjungi.
hahahah... macam-macam alasan yang diberikan kan kan kan... kalau dah malas tu,,, malas la kan...

Kali ini insyaAllah, diberikan sokongan dan hidayah daripada Allah Taala. Semoga ia konsisten ! Aminn

Saya sebenarnya ada 2 lagi blog iaitu blog travel dan blog jahitan.  Sekiranya ada cerita tentang travel saya akan kongsikan di Budget Travel Blog, sekiranya ada cerita tentang jahitan saya akan kongsikan di Siti Kaybeez Stitch. Kalau diari blog tu yang inilah rasmi, nanti uols klik la link di atas ni ye....

Pagi tadi belek-belek gambar, terjumpa gambar semasa raya di kampung sebelah saya pada tahun lepas.  Raya yang dapat kumpulkan kami 5 beradik bersama keluarga masing-masing.  Seronok sangat !!

Saya hanya tinggal Mak sahaja, Abah sudah meninggalkan kami lebih 13 tahun yang lalu.  Pemergiannya yang tidak disangka, tidak sampai 3 hari sakit terus Allah ambilnya selama-lamanya.  Semoga rohnya sentiasa dipelihara Allah Taala.

Tak lama lagi sudah masuk bulan Ramadhan ye....hihihi.  Apakah persediaan anda??  qada puasa jangan lupa tau !

Selain daripada itu apa ye?

Semoga kita semua dapat mempertingkatkan ibadah kita pada tahun ini...

  





sitikb gambar
Keluarga oren tahun lepas !

sitikb gambar
Bapak betulkan sampin, pertama kali anak bujang pakai sampin.

sitikb gambar
Ambil giliran untuk berhari raya bersama Nenek !

 


Assalamualaikum dan salam sejatera kepada semua pembaca blog yang saya hormati.

Kesekian lama saya tidak menulis sebarang artikel dalam blog ini.

Kali ini, saya ingin bincangkan dan ceritakan tentang anak-anak kesayangan kucing saya. Mika, Mina dan Moji.

Ada yang tahu di sini, mereka bertiga berasal dari Kanada. Saya bawa balik mereka bertiga dengan penerbangan KLM Airlines. Perjalanan ke Malaysia yang mengambil masa selama 72 jam.

Boleh baca kisah saya pada blog https://www.sitikhairulbariah.com/2023/01/catatan-perjalanan-pulang-ke-tanahair.html .


Berada di Malaysia, saya memberi masa kepada anak-anak kucing saya untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan di Malaysia.

Perkara pertama yang saya beli ialah air purifier, vacumm, litter box dan pasir yang berkualiti.

Adik-bradik dan ipar duai pelik juga sebab saya memilih barang utama adalah untuk kucing saya. hihihi...

ye laaa... kalau rumah banyak bulu kucing dan berbau bila masuk rumah kita...manusia juga tak selesa. Ramai yang tak nak datang rumah kita.  Saya pun faham... bukan semua orang suka kucing.. tambahan pula budaya masyarakat kita yang dikatakan ramai allergi dengan kucing.  Sebenarnya.. anak-anak saya sangat takut dengan kucing .. normal saya kata sebab mereka tidak diberi pendedahan lebih awal. Lagipun, Umar dan saya sendiri penghidap asthma.  Tapi sebab saya suka kucing .. ada cara untuk atasi itu semua.  Dan, saya telah buktikan kucing bukan sebab orang kena allergi atau asthma.  Mereka allergi dengan air liur kucing.

Selepas sebulan saya pulang dari Kanada...

Saya bawa anak-anak kucing saya untuk menerima rawatan pertama di Klinik Haiwan yang berdekatan dengan rumah saya.  Tak sangka juga, bila saya lihat Malaysia mempunyai banyak rangkaian klinik haiwan khususnya kucing dan anjing.  Sangat banyak berbanding di Kanada... merata... Doktor haiwan yang ada juga sangat bagus tentang servis dan penjagaan.  Terdapat banyak juga hotel boarding untuk kucing.   Gembira sangat bila tengok suasana ini di Malaysia.  Berbeza di Kanada.. saya perlu cari cat sitter untuk kucing-kucing saya jika saya pergi travel.  Beruntung rakyat Malaysia. 

Doktor haiwan sangat teruja melihat rekod kesihatan kucing-kucing saya semenjak mereka lahir. Lengkap katanya dan mengikut peraturan. Syukur... ilmu ini banyak saya ikut cara orang sana dalam penjagaan kesihatan binatang. 



Rekod Vaksin Kucing

Berkawan

Saya suka goyang tangan atas sofa Mama saya

Ini tempat tidur saya

Mainan saya

 

 

Perkara utama yang kami lakukan selepas beberapa mendarat di Malaysia ialah shopping pakaian kami sekeluarga yang bersesuaian suhu cuaca di Malaysia dengan harga berpatutan.


Macam pelik bila dengar dan baca kan !


Seperti yang saya maklumkan sebelum ini ... kami sudah lama tidak pulang ke Malaysia.  Kebanyakan pakaian yang kami ada adalah pakaian yang sesuai untuk dipakai pada musim sejuk.


Boleh lihat entri saya semasa di Kanada, kawasan yang saya tinggal lebih lama berada di musim sejuk kerana ia terletak di kawasan utara Kanada.. tidak jauh pun dari garisan Artik Circle.  Hanya 2 bulan sahaja yang betul-betul panas itupun maksimum suhu ialah 28 celcius... malam belas-belas celcius.  


👉    Catatan Pengalaman Cabaran Semasa Peringkat Awal Kedatangan Kami ke Kanada

👉    Sebuah Pengalaman Yang Menjadi Kenangan Seumur Hidup


Bayangkan lah suhu malam di Malaysia pun 28 celcius ye tak ! hihihi.. nasib baik rumah saya ada 4 buah airconditioner.  Selama di Kanada, kalau saya cerita dengan kawan-kawan saya ada AC ( panggilan orang sana) di Malaysia, diaorang kata huyooo ! Sebab tak ada kedai aircond pun di jual didaerah saya tinggal tu.


So, berbalik cerita pilihan kedai kami di sini ialah Uniqlo.  Itu sahaja yang saya fikir terbaik dan paling selesa untuk kami anak-beranak pakai.  Saya sendiri pun sesungguhnya sering mengadu dengan suami tidak tahan panas sebab akan sakit kepala bila panas sangat.  Syukur sangat, rumah saya area Selangor so banyak kedai Uniqlo berdekatan.  Pakaian yang saya beli adalah pakaian bila keluar rumah... pilihan baju kurung saya masih lagi mencari yang selesa. Maksud selesa ialah bila saya pakai tidak berpeluh-peluh.  Longgar dan ironless.


Untuk kali ini, kami sekeluarga sendiri tidak boleh merujuk pada orang-orang di Malaysia walaupun mereka adalah mat saleh yang tinggal di Malaysia kerana mereka sudah dapat menyesuaikan dengan cuaca di sini.  Maka, apa yang kami buat... kena cuba dan pakai serta tidak boleh beli online sebab nak rasa.   


Selain daripada itu, saya juga suka ke Parkson Store kerana di situ ada banyak pilihan kain yang sesuai untuk saya yang tidak tahan panas. Saya beri masa beberapa bulan untuk menyesuaikan dengan suhu Malaysia. Ia juga gaya yang simple.

👉  https://www.uniqlo.com ›

👉 https://www.parkson.com.my atau secara online

👉 https://parksononline.com.my

Pakaian Uniqlo
Semasa di Uniqlo Aeon Nilai

Pakaian Top saya beli di Parkson jenama Polo, Pants saya di Parkson jenama South China Sea, tudung jenama 

Pertama ...

Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Kedua ... 

Saya mohon kemaafan kerana buat pembaca tertunggu-tunggu dengan catatan post saya yang ini.

Ketiga ..

Jom..saya kisahkan ok !

Selepas hampir setengah tahun kepulangan ke Tanahair sebenarnya ada baru rasa lega.  Banyak perkara sebenarnya yang perlu diselesaikan baik daripada segi mental, fizikal juga emosi.  Mungkin kalian tidak percaya, saya mengambil masa agak lama untuk mengadaptasikan diri dengan Malaysia.  Tidak dinafikan mungkin kerana usia.  Anak-anak juga baru saya perasan selepas mereka bercerita yang mereka sebenarnya baru rasa seronok dengan Malaysia.  Begitu juga dengan suami... kejutan demi kejutan daripada segi mental dan emosi.

Saya sentiasa berdoa pada Allah Taala memohon padaNya untuk kami dipermudahkan urusan di sini.  Saya amat yakin perasaan dan emosi hanya dialami oleh yang sudah lama diperantauan.  Bukan saya tidak pernah merantau ke luar negara dan berkelana selama bertahun-tahun tetapi kali ini di negara yang dikenal sebagai negara beruang, kami sekeluarga agak terkesan.  Mungkin kerana kami sudah lebih tiga tahun tidak menjenguk ke Malaysia kerana MCO.  Hebat penangan MCO ni tau !

Ok now !  Bagaimana proses kepulangan kami ke Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca perjalanan kali ini adalah paling terpanjang dan lama saya travel pulang ke Malaysia iaitu selama 3 hari... hampir 72 jam.  Antara sebab saya terpaksa mengambil route paling jauh kerana satu-satunya airlines di dunia yang memberi kebenaran untuk membawa 3 ekor kucing pulang ke Malaysia iaitu KLM Airlines.  Tahniah dan ucapan terima kasih banyak-banyak buat KLM Airlines.

Jangan kata saya tidak cuba untuk airlines lain ye... selama 2 minggu suami, anak-anak dan saya mencari solutions semua airlines.  Ada yang menerima kucing kami sehingga Narita Airport, kemudian tidak diberi tukar flight ke Malaysia kerana MAS tidak buka kepada 'Pets' untuk masuk kargo dan terbang ke Malaysia.  Kebanyakan akan stuck di airport transit terakhir sebelum sampai di KLIA.  

Antara sebab juga kerana saya pulang masih pandemic season akhir, maka banyak airlines tidak bersedia untuk airlines membawa binatang terbang bersama.  Isu yang lain juga berlaku kerana dokumen kucing saya tidak lengkap kerana ia perlu di adakan setiap dokumen lengkap di setiap negara yang kami ingin transit walaupun hanya transit selama beberapa jam.  Dan, ia terjadi kesilapan apabila ada 1 dokumen yang tersalah signature untuk dokumen masuk ke Europe iaitu Amsterdam Airport. Dan, kami terpaksa buat semula daripada A to Z untuk dokumen masuk ke Europe dan saya sekeluarga terpaksa ubah tarikh flight selama sebulan kerana 1 kesilapan pada signature dokumen.

Masa tu, pakaian hanya tinggal beberapa helai sahaja sebab saya dan keluarga sudah ready untuk fly balik tetapi kerana hanya 1 dokumen, kami mengambil keputusan drastik dalam tempoh seminggu untuk tukar tarikh penerbangan.  Sudah lah barang kelengkapan seluruh rumah sudah diangkat oleh mover.   Memang saya terduduk memikirkan 'apa yang perlu saya buat?'  Hanya berserah pada yang Esa... menangis saya berhari-hari bila dapat keputusan daripada veterinarian di Kanada, dokumen saya tidak lengkap dan saya tidak boleh membawa balik kesemua kucing pulang ke Tanahair.  Dan, pada hari saya menerima keputusan dan berita daripada veterinarian.. pertama kali saya berjumpa Carol jiran sebelah rumah bersama masalah yang kami sendiri sudah tiada idea.  Cuba menahan untuk menceritakan apa yang berlaku tetapi terus berjurai airmata kami suami isteri di hadapannya.  Benar-benar saya dan suami down pada masa itu... namun kata-kata juga idea daripada seorang senior buat saya bangkit untuk terus berjuang mencuba membawa Mika, Mina dan Moji pulang ke Malaysia.

Pada masa ini, moral support daripada rakan sekeliling sangat kuat... kawan-kawan yang benar-benar mengerti perasaan saya sekeluarga cuba untuk mengusahakan menenangkan kami dan memberi banyak idea. Ada yang beri kami pinjam kenderaan untuk memudahkan urusan kami ke sana ke mari selama sebulan.  Kebetulan kereta kami sudah di jual seminggu sebelum terbang balik.  Saya memang rasa down sangat masa ni... ada kawan yang tolong masakkan untuk kami.  Bayangkan lah selama sebulan ini... saya dan suami kena buat betul-betul tanpa error sekali lagi kerana ini peluang yang terakhir.  Mental saya cukup letih pada masa itu... Ada banyak procedure juga test yang perlu dilalui.  Di sini, saya ingin mengucapkan syukur dan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan saya di Kitimat, walaupun mereka adalah orang sana tetapi mereka layan masalah saya ini seperti saya adalah keluarga mereka. 

Saya memang tidak bercerita hal ini pada keluarga dan orang-orang di Malaysia sebab saya tidak mahu serabut kan lagi kepala saya ni.  I was in stressful situation but I have to move on handling all this thing. Support daripada orang keliling sangat kuat... saya sujud syukur tentang ini.  Allahuakbar...  Mungkin tulisan saya ini tidak sama dengan apa yang saya alami.  

Saya memang nak balik sebelum Winter ataupun Fall kerana pakaian baju sejuk semuanya sudah di pos ke Malaysia.  Masa saya packed baju-baju yang ingin di pos pulang ke Malaysia dengan shipping... hati tu terdetik untuk tinggalkan sepasang.  Saya katakan pada anak saya 'in case anything happen we have wintersuite'... yeahhh. It happened.  Allahuakbar... ada yang nak bagi pinjam baju lagi tau ! Baiknya diaorang... ada juga yang nak beri tumpang bilik di rumah mereka sebab kontrak sewa rumah kami sudah tamat.

Namun, apabila suami bercerita tentang kisah kami pada owner rumah... saya betul-betul bersyukur kerana katanya boleh duduk sini free sehingga hari terbang dan semoga urusan membawa pets dipermudahkan. Subhanallah... Allahuakbar.. tiada ungkapan selain daripada thanks a lot.  Thank you Allah..

Apa yang saya kisahkan di atas semuanya adalah tentang dokumen anak-anak kucing saya.  Untuk pengetahuan semua, dokumen saya dan keluarga tiada sebarang isu dan masalah.  Tetapi dokumen dan juga tarikh tiket untuk kami semua terbang sekali mestilah sama dan saya tidak boleh terbang berasingan dengan kucing-kucing saya.  Jika tiada ataupun tanpa pertolongan daripada kawan-kawan di Kitimat, HR Officer Suzanne (nama samaran), Dr Howard and the gang, officer di setiap airport bos-bos di KL yang juga memberi pelepasan... dengan izinNya serta tawakkal kami dan anak-anak.. saya sendiri tidak kuat untuk menangani situasi ini.  

Walaupun beratus kali kawan-kawan meminta dan memujuk saya dan keluarga untuk tinggal dan retire di Kanada, saya kuatkan azam nekad untuk pulang ke Tanahair.  Ada ketika saya termakan juga dengan pujuk rayu mereka...  saya tahu mereka sangat baik pada saya.  Namun, apa yang saya selalu katakan pada mereka "I love this place so much... I have you and also you. You're so kind... but what I want to say is my heart in Malaysia" ..

Maka...

Sejarah...

Pada tarikh 11 Oktober 2022 jam 10.30 pagi, kami sekeluarga pulang ke Malaysia dan mendarat di KLIA jam 6.30 petang pada 14 Oktober 2022.  Syukur syukur alhamdullilah...

Moral of the story di atas ialah pastikan semua dokumen tepat dan perlu check berulang kali supaya tidak berlaku kesilapan.


 





Koleksi Sitikb
Semasa Di Vancouver Airport.  Kami bermalam 1 malam di Vancouver Hotel untuk mendapatkan tandatangan daripada Doktor Vet kerajaan.  Ia perlu di tandatangani hanya dalam tempoh 24 jam sebelum terbang ke Europe.

Koleksi Sitikb
Ingin bertolak Ke Amsterdam Airport Schiphol selepas melepasi check in luggage.  Masing-masing handle seekor .... hihihi

Koleksi Sitikb
Transit di Amsterdam Airport selama 9 jam. Nak makan pun tak berapa nak lalu...

Koleksi Sitikb
Transit selama 1 hari di Vancouver Airport.  Pemandangan Vancouver Airport.

Koleksi Sitikb
Si bulus transit di Vancouver Airport selama 1 malam (The Fairmont Vancouver Airport)

Koleksi Sitikb
Barang Si Bulus Yang ditinggalkan serta diamanahkan kepada sahabat saya di Kitimat.

Koleksi Sitikb
Alhamdullilah sampai di Tanahair

Koleksi Sitikb
Vancouver Airport

Esok nak terbang ke Amsterdam, bermalam di Vancouver Hotel (The Fairmont Vancouver Airport)

Koleksi Sitikb
Lepak di Amsterdam Airport, transit selam 9 jam. Si bulus sedang tidur.

Semasa di Vancouver Airport, baru tiba dari Terrace Airport untuk mengambil lugagge. 

Mika kepenatan.. semasa transit Vancouver Airport Hotel

Koleksi Sitikb
Saat menunggu untuk anak-anak bulus kuarantin selama 10 hari selepas selamat mendarat.

Koleksi Sitikb
Saat terakhir sebelum meninggalkan rumah di Kanada

Koleksi Sitikb
Tiba di KLIA sambil tunggu train untuk ke terminal ketibaan

Koleksi Sitikb
Next transit Changi Singapore Airport dengan KLM Airlines

Koleksi Sitikb
Kenangan transit di Amsterdam Airport, terhuyung-hayang rasanya pada masa ini.

Koleksi Sitikb
Mina melihat flights yang akan terbang ke Tanahair

Bersedia untuk terbang ke Amsterdam. Kedudukan si anak bulus diletakkan bawah seat.

Koleksi Sitikb
Vancouver Airport



Koleksi Sitikb
Cara si anak-anak bulus di letakkan sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia

 


Pengalaman sebagai Cat Sitter ataupun Penjaga Kucing.

Sebenarnya sudah beberapa kali saya dan juga anak-anak saya menjadi volunteer untuk penjaga kucing ataupun cat sitter.  Pernah juga saya menjadi baby sitter selama 1 hari.  Lana juga pernah menjadi babysitter kepada anak jiran kami.

Berapa bayaran yang dikenakan? Untuk babysitter 15 dolar sejam (minimum harga yang ditetapkan oleh kerajaan). Lana pernah dapat sehingga 60 dolar untuk 5 jam. Ia juga bergantung berapa tuan rumah ingin beri. 


Kucing Di Kanada
Nama saya Flower !!

Trak Di Kanada
Menjadi Penjaga Trak Kepunyaan Orang

Trak Di Kanada
Sebagai Penjaga Trak

Trak Di Kanada
Tuan Punya Trak Nak Balik Dari Percutian ....

 Sepanjang Musim Panas ini…. ada banyak aktiviti saya anak-beranak lakukan. Antaranya inilah dia iaitu cat sitter… yang terbaru dog sitter.

Dalam masa yang sama, selain menjaga kucing yang bernama Flower… saya juga diberikan kebenaran untuk menggunakan trak milik si tuan kucing ini.  Inilah pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila… merasa memandu trak yang memang tidak ada di Malaysia.  Sangat besar… aduhai ! hihihi…  Terima kasih semua kerana mempercayai saya.  

Selain daripada itu ….

Mesti rasa terkejut kan? Menjadi penjaga anjing selama 4 hari.  Penjaganya pergi bercuti.. untuk menjaga anjing saya serahkan kepada anak bujang saya.  Barulah dia rasa bertanggungjawab sikit.  Berdebar katanya sebab tidak pernah terima ‘job’ … lagipun anjing itu adalah kepunyaan rakan baik saya.  Beliau sekeluarga ke Vancouver kerana menemani suaminya yang ada operation mata.  Kesian pula bila mendengar katanya tiada orang yang ada kesempatan untuk menjaga anjingnya.  Untuk pengetahuan korang, bila Summer masing-masing akan keluar dari Kitimat untuk pergi bercuti…

Sebenarnya untuk bulan ini sahaja, sudah 2 rumah saya dan anak-anak saya menjadi penjaga kucing.  Banyak pengalaman… dan sekarang saya menjaga 2 ekor kucing rakan saya yang kini ke Edmonton menguruskan rumahnya untuk dijual. 

Nantikan kisah-kisah selanjutnya…

Kesimpulan yang boleh saya katakan…menjadi cat sitter dan dog sitter adalah satu pekerjaan yang mulia.  Ada banyak iktibar daripada pekerjaan ini. 

Aktiviti semalam yang menghiburkan buat saya dan juga kawan-kawan juga.

Sebenarnya, sudah lama sangat kami tidak keluar hiking.  Ye lah… musim sejuk sudah tentu sejuk dan trek juga licin.  Tapi, minggu ini sudah masuk Summer.  Minggu lepas juga panas seminggu maka suhu pun sudah melebihi 10 celcius.

Walaupun banyak sangat nyamuk semalam tapi kami banyak bersembang. Sehingga kan tidak sedar masa sangat cepat berlalu.  Rupanya sudah lebih 5 km kami meredah hutan. 

Seramai 6 orang pergi hiking semalam. 

Claudia rakan saya yang berasal dari Colombia dan kini datang sementara ke Kitimat.  Claudia kini tinggal di Calgary. Sudah lebih setahun tidak bersua muka, banyak cerita kami kongsikan. Kisah sedih ada dan tak lupa juga kisah gembira.  

Nama trail ini ialah Moose Trail ...ia terletak agak jauh daripada penempatan manusia. Jadi, sepanjang hiking banyak juga say terjumpa tahi beruang.  Menurut kawan saya Samantha, di sini merupakan trek Moose.  Moose merupakan binatang seperti lembu dan kuda.. Ia banyak terdapat di kawasan Utara Kanada dan Utara Europe juga Rusia.  Binatang yang hidup dalam suhu sejuk yang ekstrem.  Sebenarnya, saya pernah beberapa terserempak dengan moose ketika memandu di kawasan Kitimat. 

Kami juga berhenti sebentar di sebatang anak sungai.  Menurut kata Samantha, air sungai ini selamat untuk diminum.  Tapi, memang air paip disini juga selamat untuk di minum.

Jom, saksikan pelbagai aksi sepanjang perjalanan hiking kali ini.


Kitimat BC Canada
Berani tak ? Rupanya tak tukar jadi Prince pun ... 

Kitimat BC Canada
Bersama Eliana yang berpindah ke Kitimat dari Colombia.

Kitimat BC Canada
Rupanya Sam snap my picture.. lucu pula !!

Kitimat BC Canada
Albino slug

Kitimat BC Canada
Trek Hiking...

Kitimat BC Canada
Terjumpa kerangka kereta buruk ..



Kitimat BC Canada
Ada anak sungai.  Sam kata dia pun tak tahu nama anak sungai ini..

Kitimat BC Canada
Slug

Kitimat BC Canada
Hei, tukar lah jadi Prince ...😆

Kitimat BC Canada
Suasana di dalam hutan 

Kitimat BC Canada
Pokok Berries

Kitimat BC Canada
Anak sungai.. sejuk sangat airnya macam ais

Kitimat BC Canada
Try sentuh air anak sungai.  Air ini selamat untuk diminum

Kitimat BC Canada
BC Provincial Park

Kitimat BC Canada
Suasana hutan

Kitimat BC Canada
Hai !!!

Kitimat BC Canada
Berlatar belakang kan hutan empat musim

Catatan Lama Laman utama

Translate To Any Language!

ABOUT ME

Blog ini merupakan coretan kisah saya sebagai seorang Mama, Isteri, Rakan dan Sahabat. Semoga tulisan ini menjadi inspirasi kepada semua pembaca

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Tuhan itu Maha Mengetahui
  • Bio Penulis
  • Penghijrahan ke Kanada
  • Menjadi Catsitter Di Kanada
  • Pertama kali Bertalaqqi
Catatan Pengalaman
Aktiviti

Categories

  • Affiliate 6
  • Aktiviti 90
  • Bisnes 12
  • Catatan Pengalaman 110
  • Dari Bilik Kraf 6
  • Kisah Si Bulus 10
  • My Karya 8
  • My Pets 11
  • Summer 5
  • Tinta Penulis 105
  • Winter 33
  • dari kamar dapur 11
  • kisah anak-anak 39

Advertisement

Jumlah Paparan Halaman

siti khairulbariah

My Products

Pengikut

Copyright © The Official Siti Khairulbariah Blog. Designed by OddThemes