Salam Nuzul Quran dari Kanada
Dapat berita dari Malaysia tentang UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimansuhkan. Terus terang saya katakan, saya menarik nafas lega. Lega untuk anak-anak di Malaysia.
Semalam sewaktu pulang dari sekolah, dalam kereta...saya khabarkan pada kedua anak saya UPSR telah di mansuhkan.
"Hurrayyy", Umar menjerit."Kenapa hurrayy ?", tanya saya pada Umar.
Kalau ikut perkiraan Umar akan mengambil UPSR pada hujung tahun ini jika berada di Malaysia.
Tup tup.. Kakak Lana pun hurrayy juga yang bersandar dibahagian belakang tempat duduk kereta.
“Kakak la batch kedua akhir Mama...”
“Oh yeah, Mama 2nd batch UPSR. Papa first batch, tau !”, cerita saya pada mereka.
Tinggal kenangan dan sudah tentunya Umar tiada pengalaman dalam menghadapi peperiksaan besar yang menghuru-harakan jiwa ibubapanya. Saya la tu... betul..saya juga stress sepanjang menghadapi persiapan Lana untuk UPSR.
Saya boleh lihat terutama Lana semenjak bersekolah di sini. Mukanya lebih gembira, hari-hari dia banyak cerita tentang apa yang dia belajar di sekolah. Dan, setiap hari jugalah saya mendapat ilmu baru dengan anak-anak tentang sistem pembelajaran Kanada.
Walaupun ada sikit-sikit dia mengadu penat ... biasalah penat sikit-sikit tetapi lebih banyak bercerita tentang keseronokannya sepanjang pembelajaran. Bayangkan, selama belajar di Malaysia dia tidak minat dengan subjek Pendidikan Jasmani tetapi di sini itulah subjek yang paling menyeronokkan katanya. Walaupun berpeluh tetapi banyak permainan sukan dia mula tahu. Wow...
Sepanjang tahun dia belajar di Tahun 6 ataupun Darjah 6. Banyak kali, dia menangis tersedu-sedan kerana dia merasakan ketinggalan dalam pembelajaran di kelas. Dia sering bercerita, cikgu selalu kelihatan marah-marah bila masuk kelas. Terjerit-jerit... saya faham perasaan cikgu. Dia juga manusia, penat. Penat mengejar silibus, penat mengejar berapa ramai lagi yang tidak boleh faham tentang apa yang diajar. Bila perkara ini berlaku, mulalah push budak-budak. Dan, anak-anak ini akan bermula episod stress dalam sesi pembelajaran.

Walaupun saya selalu kata, Kakak dah ok dah... Mama yakin Kakak boleh buat nanti. Kakak sudah kuat berusaha. Kenapa saya berkata begitu? Anak-anak saya bukan kategori anak-anak yang genuis. Sekali ajar terus faham, dia perlu rajin berusaha.
Ada pelbagai insiden yang berlaku... tiada cerita selepas pulang sekolah. Lebih banyak diam dan kelam kabut menghadap kerja sekolah. Kadang-kadang sambil buat kerja, meleleh air mata. Proses tumbesaran yang tidak baik, saya fikir. Dia stress... sebab saya tahu dia seorang yang rajin. Saya yakin, ibubapa lain pun mengalami pengalaman seperti saya. Sibuk mencari pusat tuisyen terbaik untuk anak-anak kita.
Kasihan.. tapi apakan daya. Saya hanya berdoa anak-anak boleh berjaya dalam hidupnya dan gembira dalam meniti kehidupan sebagai anak-anak kecil. Melalui proses kegembiraan dalam tumbesaran. Itu hak mereka, jangan kita menidakkan hak-hak asasi untuk anak-anak ini.
Bila mendengar berita ini dari Malaysia, saya ucapkan syukur. Saya yakin Malaysia sedang melalui proses yang lebih baik, tidak padat serta dalam aras tinggi.
Mungkin Pandemik ini mengajar dan membuka mata tentang sistem pendidikan kita khususnya buat pelajar sekolah.
Kasihan, anak-anak kecil yang dijadikan pelbagai eksperimen untuk orang dewasa. Kalau benarlah ia sebuah keperluan, mengapa ramai di kalangan kita sangat bersetuju tentang sistem pendidikan di negara-negara Barat ataupun di luar Malaysia. Bermakna kita semua sangat gembira dan mahu berubah cara dengan sistem pendidikan luar.

Jangan takut anak-anak terbiar dan ketinggalan dalam pendidikan. Beri mereka menikmati dunia sebagai seorang kanak-kanak.
Doakan bersama.
Salam Nuzul Quran di Bumi Kanada.
Doakan bersama.
Salam Nuzul Quran di Bumi Kanada.
0 ulasan