Apabila di sebut Mother's Day... saya sendiri tidak pernah tahu bilakah tarikh sebenar sambutan Hari Ibu. Bagi saya hari-hari adalah Hari Ibu tetapi mungkin apabila diletakkkan hari ini ia akan menjadi lebih istimewa buat anak-anak dan juga pada suami yang ambil tahu.
Mungkin hari ibu merupakan hari istimewa untuk ibu-ibu di larang sama sekali ke dapur. Mungkin ada di kalangan ibu-ibu yang tidak pernah langsung cuti memasak. Ada juga kan.
Ini cerita Hari Ibu saya….
Umar merupakan anak saya yang lebih suka mengingati hari-hari istimewa termasuk hari jadi rakan-rakan baiknya.
Sehari sebelum itu, Umar ada tanya pada saya…
"Mama, nak hadiah tak?"
"Kalau adik bagi hadiah, Mama ambillah", jawab saya.
"Adik nak bagi apa?"
"Adalah...mana boleh beritahu tapi adik tahu mesti Mama suka", Umar berkata sambil tersenyum simpul.
Dan, pada Hari Ibu baru-baru ini, Umar telah menghadiahkan sesuatu yang dia sendiri cipta di sekolah bersama rakan-rakannya. Masing-masing memberi sokongan untuk cipta hadiah terbaik buat ibu tersayang. Nicholas dan Hudson meminta Umar tulis ucapan dalam Bahasa Melayu dalam kad ucapan.
"Mama, Nicholas suruh adik tulis ucapan dalam Bahasa Melayu sebab dia hendak tulis ucapan dalan Bahasa Rusia", cerita Umar.
Tiba-tiba saya jadi sayu mendengar cerita mereka. Nicholas merupakan kacukan Rusia dan Belanda. Ibunya seorang berbangsa Rusia dan ayahnya berbangsa Belanda.
Macam tu lah hati ibu kan... mendengar cerita pun boleh jadi sayu. Mendengar cerita pun boleh jadi gembira. Kadang-kadang ibu ni boleh jadi macam-macam. Kalau tidak, tak kan ada perumpamaan Ibu adalah superwomen. Betul kan...
Semalam… jiran sebelah saya Carol datang memberi ucapan.
"Hi, Siti. How are you? Happy mother's Day", Carol memulakan bicara.
"Yey, good. Thank you. Happy mother's Day", jawab saya.
"Did you make celebration for mother's day?",
"No," jawab saya sambal tersenyum.
"I'm going to No Frills to buy some meats and chicken,".
No Frills merupakan sebuah pasaraya berhampiran dengan rumah kami di sini.
Kemudian, Carol ucapkan selamat tinggal dan beredar ke keretanya. Hari ini anak-anak dan cucu-cucunya datang menziarahinya untuk menyambut Hari Ibu.
Pertama kali saya menerima ucapan dari seorang jiran yang datang ke rumah kerana ucapan selamat hari ibu. Indah kan?
Apa salahnya… kita ketuk pintu rumah jiran kerana ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu. Tentu ibu-ibu merasa gembira….😍😍

0 ulasan