Assalamualaikum w.b.t
Hari ini sudah masuk hari ke-5 kami sekeluarga berpuasa di perantauan. Ini bukan kali pertama saya berpuasa di perantauan, alhamdullilah saya sudah merasa pengalaman berpuasa di beberapa negara. Namun kali ini, ia amat berbeza kerana kami merupakan satu-satunya keluarga dari Malaysia. Memandangkan komuniti Islam tidak sampai 10 orang, suasana Ramadhan tidak dirasakan. Tiada bazar Ramadhan...tiada masjid yang boleh dikunjungi untuk mengerjakan solat sunat terawih.
Memandangkan sekarang ini sudah masuk musim panas, jadi puasa di sini selama 18 jam lebih. Di tambah pula kami berada di utara Kanada. Insyaallah menjelang akhir Ramadhan dijangkakan 19 jam lebih. Saya juga dapat tahu Kanada termasuk dalam 10 negara terpanjang tempoh berpuasa. Masyaallah… Hanya Allah sahaja yang tahu…
Pada pagi hari suhu sekitar 10 degree...namun ia meningkat sehingga 28 degree apabila mencecah jam 3 petang. Tak panas kan... Ada sedikit perbezaan di sini… walapun panas sekitar 27 - 29 degree. Itu sudah cukup mengeringkan kerana kadar kelembapan udara di sini rendah.
Maghrib masuk pada jam 9.20 malam dan ia akan semakin lambat ketika akhir Ramadhan sekitar jam 10 malam. Isyak pula masuk jam 11.16 malam dan pada akhir Ramadhan pada jam 12 malam. Menunggu setiap minit ke waktu Isyak ...setiap malam jugalah saya akan tertidur menunggu waktu Isyak. Setakat ini saya masih tidak berjaya melakukan solat sunat terawih. Allahuakbar…
Pada waktu sahur pula, kami bersahur pada jam 2.50 pagi memandangkan waktu Subuh akan masuk pada jam 3.43 pagi. Sekitar 3 jam sahaja untuk menyampaikan waktu isyak ke waktu Subuh. Begitulah sekiranya akhir-akhir Ramadhan nanti waktu Subuh akan masuk lebih awal sekitar jam 3.20 pagi. Bermakna kami akan bangun sahur lebih awal. Jika di kira pendek betul waktu malam di sini...
Selepas berjemaah solat subuh, kami akan tidur semula. Bangun sekitar jam 7.30 pagi untuk pergi ke tempat kerja dan saya menghantar anak-anak ke sekolah.
Ok..cerita pasal anak-anak pula. Saya bersyukur anak-anak seronok menjalani ibadah puasa. Walaupun mereka berdua sahaja yang muslim di sekolah, namun rakan-rakan serta guru-guru menghormati mereka ketika menjalani ibadah puasa. Ramai rakan-rakan sekelas terutama Lana bertanya tentang puasa dan sangat pelik Lana boleh bertahan tanpa makan dan minum. Sekiranya Lana di tanya pelbagai soalan. Si adiknya pula, Umar pergi main bola sepak bersama rakan-rakan sekelas di gym.
Pagi-pagi bila Lana sampai ke sekolah…
"How your fasting, Lana?", Kathy bertanya.
"Yey, i'm good", jawab Lana.
"You're so amazing".
Lana tersenyum sahaja mendengar kata-kata daripada rakan-rakan sekeliling.
Walaubagaimanapun, kami sekeluarga telah memilih untuk mengikut waktu berbuka puasa Mekkah setelah mengkaji dan mencari maklumat berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bermakna kami berpuasa selama 16 jam lebih sahaja.
Pengalaman hari pertama hingga hari ketiga, saya bersama suami bukan sahaja kepenatan tetapi kami mengalamai masalah sakit kepala dan angin yang banyak di dalam badan. Kepala menjadi tidak stabil. Simptom-simptom ini terjadi selepas jam 11 pagi. Hampir semua kerja tidak boleh dilakukan. Apabila menjelang jam 5 petang, badan sudah mula stabil apabila saya berjemur di tengah panas. Yang peliknya, anak-anak saya lihat ok. Mungkin juga kerana mereka banyak pergerakan dan berjemur di matahari. Masuk hari ke-4, barulah kami mula stabil dengan situasi ini.
Begitulah serba sedikit pengalaman berpuasa di Kanada. Walaupun jauh di perantauan, kami masih dapat mengikuti perkembangan cerita-cerita Ramadhan di Tanahair.

0 ulasan