Throwback cerita petang semalam…
Umar sudah beberapa hari mengajak saya menanam pokok bunga. Dia sanggup temankan saya beli tanah di Pasaraya No Frills dan pergi cari kelengkapan untuk berkebun.
Pandai pula tu memujuk Papa
"Papa, Mama nak tanam pokok bunga tapi cangkul tak ada", ayat memujuk Umar.
"Ambillah kad papa... Umar ajak Mama pergi beli alat-alat kebun", jawab Papa.
Macam tu lah Umar... dia menggunakan nama Mama. Sudah tentu Papa akan ringan mulut membenarkan kata-katanya. Macam-macam anak ni kan.
Jadi.. petang semalam adalah operasi mengorek tanah. Umar bersungguh-sungguh mengorek tanah. kami mengorek tanah di tepi tangga di belakang rumah (backyard).
Itu pun Umar bertahan dalam 10 minit sahaja. Lepas itu dia minta kebenaran nak main bola sepak. Saya sudah faham benar perangai Umar... mengajak bukan main tapi akhirnya saya juga yang akan menyudahkan kerja-kerja kebun. Tapi, saya tidak kisah pun... dia sudah sanggup temankan saya beli tanah dan menggemburkan tanah pun saya sudah bersyukur. Sekurang-kurangnya buat peneman saya di waktu berkebun.
Alhamdullilah, dapat tanam dua pokok hydrangea. Satu warna biru dan satu lagi warna merah jambu. Orang Malaysia kata pokok ini namanya Siti Zubaidah. Sedap betul namanya dan tahan hidupnya selama 3 bulan. Kalau mati kita tanam pokok ini lagi di musim bunga tahun depan.
Saya memang sudah lama berhajat nak tanam pokok ini tetapi di Malaysia susah nak hidup kerana cuaca Malaysia yang panas buatkan ia tidak sesuai.
Angin yang kuat bertiup buatkan saya juga tidak tahan lama duduk di luar.
Selesai tanam pokok, saya masuk ke dalam rumah… esok sambung pula. Jam menunjukkan 7.30 malam walaupun hari masih panas.
Begitulah pengalaman tanam pokok di Kanada.
0 ulasan