Tips Komunikasi Mengatasi Stress Anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini ingin saya kongsikan dan berikan beberapa tips mengatasi stress anak-anak.  Saya ada 2 orang anak, perempuan dan lelaki.  Ada beberapa kisah yang boleh kita jadikan sebagai panduan.


Kisah Pertama:
Pada 2 minggu lepas, saya telah keluar minum petang bersama rakan-rakan di sini.  Kami bercerita tentang hal anak-anak dan apa yang mereka lakukan di waktu masa lapang.

Ada satu kisah yang saya amat tertarik, cerita seorang rakan saya dari Australia.  Beliau bercerita bagaimana menarik perhatian untuk anak-anak suka ke dapur dan satu masa suka memasak.  Mereka membenarkan anak-anak mereka yang baru berusia 3 tahun bermain dengan tepung.  Diberikan cara-cara untuk membuat muffin.  Memang habislah satu dapur penuh dengan tepung tapi ia satu kegembiraan pada anak-anak ini.  Walaupun muffin tidak menjadi tetapi anak-anak sudah ada sebuah pencapaian.  Anak-anak bercerita dengan kawan-kawan yang dirinya sudah tahu buat muffin.  Woww!  Saya pula yang teruja.  Saya melihat budaya di sini mereka mementingkan kegembiraan.  Maksudnya sekiranya anak-anak mereka gembira dan suka dengan apa yang mereka lakukan,  mereka akan memberi sokongan jika perkara itu ke arah kebaikan.  Tiada bantahan dari pihak ibu bapa.

Sedikit sebanyak cerita ini mengajar saya supaya lebih terbuka dan belajar untuk jadikan anak-anak ini sebagai kawan.  Saya yakin sekiranya anak-anak gembira pasti ibu bapa juga gembira.

Kisah Kedua:
Lana sering bercerita tentang apa yang terjadi di dalam kelasnya di sekolah.  Katanya, guru-guru di sini memberi peluang kepada anak-anak muridnya satu ruang dan masa untuk mereka bercakap.  Maksudnya bercakap tentang apa-apa tajuk. Anak-anak murid boleh bercakap tentang politik, isu-isu semasa sehinggalah kepada games computer.  Tiada sebarang bantahan dari guru mereka dan mereka boleh berbincang, bertanya dan berdebat.  Guru hanya mendengar dan kadang-kadang mencelah. Sekiranya mereka ada soalan mereka boleh ajukan kepada rakannya.

Baru-baru ini Lana bercerita tentang pengalaman baru tinggal di Kanada.  Semua rakan-rakannya memuji Lana dengan persembahan Lana.  Di sini, sistem pendidikan di sekolah mengajar untuk menghormati rakan-rakan, tidak boleh ada unsur-unsur buli termasuk ayat-ayat yang boleh membangkitkan kemarahan orang lain.

Kadang-kadang saya juga terhambur juga kemarahan bila anak-anak buat perangai.  Namun, bila diingatkan semula kisah-kisah ini ia memberi kesedaran kepada saya.  Suami saya sering memberi peringatan kepada saya.  Apa guna hidup suami isteri kan...

Kisah ketiga:
Saya ada seorang rakan yang bernama Meghan.  Beliau mempunyai 2 orang anak lelaki dan keduanya adalah autism.  Saya sering mendengar beliau bercerita dengan penuh kegembiraan melayan anak-anak lelakinya.  Tiada sekelumit resah di wajahnya.

Setiap pagi saya akan melihat Meghan menghantar anak-anaknya sehingga ke pintu kelas. Dengan penuh kasih sayang tiada suara amarah, hanyalah suara yang girang sahaja.

Meghan ada bercerita anak-anaknya perlukan perhatian.  Yang penting katanya anak-anaknya gembira dengan apa yang mereka lalui.  Terdiam saya sebentar apabila dia menekankan tentang kegembiraan anak-anak autism.

Saya juga anak seorang kakak autism, namun saya sendiri tidak pernah memikirkan bertanya tentang kegembiraan kakak saya.  Saya masih ingat lagi semasa kecil, kami pulang ke rumah lewat maghrib.  Sampai di rumah… pintu rumah sudah berkunci.  Itu tandanya kami kena tidur di luar rumah.  Saya menangis tapi tidak pada kakak saya.  Dia memujuk saya supaya jangan menangis.

"Kita masih dalam kawasan rumah. Dah! Jangan menangis ", katanya.

Itu mungkin cara didikan orang lama.  Jadi, saya berazam tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Walaupun Meghan bukan muslim tapi cara beliau mendidik anak-anaknya sungguh mengkagumkan saya.  Ia penuh dengan kesabaran.

Macam tu la kawan-kawan ada pelbagai kisah yang boleh menjadi inspirasi kepada kita dalam mendapatkan tips komunikasi.

Kadang-kadang kita ingat hanya kita sahaja yang stress.  Sebenarnya anak-anak juga ada stress mereka.  Bagaimana dan fikirkan Bersama cara untuk mengatasi stress ini…

Semoga ia memberi manfaat bersama ya....





0 ulasan