Sehari Bersama Ms Margaret membuat kad. Kami terbahagi kepada dua kumpulan kerana permintaan yang tinggi.
Yang paling menyeronokkan kelas ini secara percuma, ditaja sepenuhnya oleh English Community Corner. Tak ke bahagia rasanya? Hanya bawa badan dan boleh bawa balik hasilnya. 😍😍
Dan, saya paling seronok belajar dengan Ms Margaret kerana beliau mengajar secara perlahan dan teratur. Sesuai dengan statusnya merupakan seorang pesara guru. Bahasa yang digunakan sudah tentulah bahasa Inggeris. Baru ku tahu selama ini kad-kad yang dikirimkan pada saya sangat rumit untuk membuatnya.
Bersama peserta Card Making |
Bersama Margaret (cikgu pencen minah saleh) |
Suasana semasa aktiviti 'Card Making' |
0 ulasan