Ramadhan Akan Menjelang !


Bila anak-anak sudah masuk ke sekolah semula.... bermakna rutin untuk menjadi driver ke sekolah setiap hari sudah tiada.  Anak-anak sudah masuk asrama, tinggallah saya dengan 3 ekor kucing yang comel.  Bela kucing ni sibuknya lain tapi tetap sibuk sebab wajib jaga kebersihan mereka... kalau tidak memang busuk la rumah kita.  Berbulu kan ...

Semenjak minggu lepas lagi, saya sudah terfikir untuk aktif semula berblog. Teringat semasa di Kanada, setiap hari pasti ada masa terluang untuk berkarya di blog ini.  Bukan tidak sibuk, bahkan masa saya penuh setiap hari dengan aktiviti harian anak-anak dan di sana wajib memasak setiap hari. Tidak ada pasar malam untuk dikunjungi... tiada makanan yang boleh dibeli di tepi-tepi jalan. Malah teringin goreng pisang ataupun cekodok tepung pun kena masak sendiri. Macam-macam nak kongsikan di sini.

Tetapi di sini di Malaysia, sibuknya berbeza.... kalau disana kehidupan hanya keluarga sendiri tetapi di sini ada sanak-saudara... ada kenduri kendara... ada kampung halaman ... ada orang tua yang perlu dikunjungi.
hahahah... macam-macam alasan yang diberikan kan kan kan... kalau dah malas tu,,, malas la kan...

Kali ini insyaAllah, diberikan sokongan dan hidayah daripada Allah Taala. Semoga ia konsisten ! Aminn

Saya sebenarnya ada 2 lagi blog iaitu blog travel dan blog jahitan.  Sekiranya ada cerita tentang travel saya akan kongsikan di Budget Travel Blog, sekiranya ada cerita tentang jahitan saya akan kongsikan di Siti Kaybeez Stitch. Kalau diari blog tu yang inilah rasmi, nanti uols klik la link di atas ni ye....

Pagi tadi belek-belek gambar, terjumpa gambar semasa raya di kampung sebelah saya pada tahun lepas.  Raya yang dapat kumpulkan kami 5 beradik bersama keluarga masing-masing.  Seronok sangat !!

Saya hanya tinggal Mak sahaja, Abah sudah meninggalkan kami lebih 13 tahun yang lalu.  Pemergiannya yang tidak disangka, tidak sampai 3 hari sakit terus Allah ambilnya selama-lamanya.  Semoga rohnya sentiasa dipelihara Allah Taala.

Tak lama lagi sudah masuk bulan Ramadhan ye....hihihi.  Apakah persediaan anda??  qada puasa jangan lupa tau !

Selain daripada itu apa ye?

Semoga kita semua dapat mempertingkatkan ibadah kita pada tahun ini...

  





sitikb gambar
Keluarga oren tahun lepas !

sitikb gambar
Bapak betulkan sampin, pertama kali anak bujang pakai sampin.

sitikb gambar
Ambil giliran untuk berhari raya bersama Nenek !

 

0 ulasan