Pada hari Rabu lepas, saya bersama-sama kawan-kawan pergi hiking. Di sebuah kawasan hutan seperti Fairytale….
Nama trails kali ini ialah Gazebo Trails. Ia terletak bersebelahan dengan Douglas Channel iaitu laut yang menghadap ke Pasific Ocean. Trails ini juga terletak tidak jauh dari Kitamaat Village iaitu sebuah perkampungan Haisla Indigenous People atau Orang Pertama Haisla.
Menurut kawan saya iaitu Alyson, beliau mengatakan kawasan hutan ini sangat cantik ketika lepas musim Sejuk kerana banyak pokok-pokok renek akan tumbuh merata. Juga lichen juga banyak kelihatan di sekitar pokok-pokok reput. Batang-batang pokok yang sudah reput kelihatan lichen… cantik sangat. Ada pelbagai jenis lichen sebenarnya.
Semenjak mengikut aktiviti ini, saya dapat rasakan badan lebih segar dan cergas. Mungkin ini agaknya, rahsia bagaimana Minah Saleh ini kuat dan bertenaga. 😄
0 ulasan