My Birthday Present !!

Selamat Pagi dan Assalamualaikum semua..

Lama betul saya simpan hadiah-hadiah ini.  

Saya menerima bunga dan kad-kad yang cantik... belum lagi ucapan-ucapan yang sangat sangat awesome.

Ada rupa kucing pun ada.. kad yang gambar kucing itu daripada Ali Webster sekeluarga.  Thanks with love you guys!  Ali merupakan jiran kami, tidak jauh daripada rumah saya. Pernah beberapa kali anaknya tidur di rumah kami kerana Ali dan suaminya travel ke Vancouver atas urusan kecemasan.  Macam jadi babysitter la .. begitulah..Tahun lepas semasa minggu akhir Ramadhan hingga hari raya pertama anaknya tinggal dengan kami sekeluarga.  Jadi, anaknya akan makan apa yang kami makan.. hahaha yang anak mat saleh yang suka makan makanan Malaysian walaupun tak pernah jejak Malaysia. šŸ˜†

Ok, yang kedua kad itu...merupakan daripada Margaret yang merupakan kawan saya yang juga seperti guru Bahasa Inggeris Canada. hahaha...yang best tentang Margaret ni, dia seorang yang rajin membantu siapa sahaja.  Beliau merupakan seorang pesara guru.  Pernah Margaret menolong saya menanam tulip bulp di kawasan laman depan rumah saya.  InsyaAllah, saya akan ceritakan bila tulip sudah berkembang mekar.  Kalau nak tahu, Margaret sudah berusia 73 tahun tapi sihat alhamdullilah.  Setiap minggu, saya dan beberapa kawan di sini pasti saya akan bervideo menggunakan Teams.  Sembang-sembang sahaja selama 1 jam setengah.  Sambil itu, Margaret akan memperbetulkan ayat-ayat saya yang kebiasaannya saya gunakan terms in UK.. hahaha kan Malaysia kan belajar guna UK English.

Berbalik kepada kad pemberian daripada Margaret.  Sebenarnya Margaret, satu perkara paling best ialah beliau suka buat kad sendiri.  Menggunakan kreativitinya sendiri... saya sangat teruja melihat hasil seni tangannya.

Jom.. saksikan hasil kad-kad yang saya terima ...šŸ˜‰  






Koleksi Sitikb
Bahagian depan (Kad daripada Ali)



Koleksi Sitikb
Bahagian Dalam (kad daripada Ali sekeluarga)

Koleksi Sitikb
Bahagian dalam (kad daripada Margaret)


Koleksi Sitikb
Bahagian depan (kad daripada Margaret)

 

0 ulasan