Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas rahmat dan keberkatan daripadaNya. Tanpa IzinNya tidak akan mungkin kami sekeluarga berpuasa selama seminggu ini dengan jayanya. Alhamdullilah..
Tempoh kali ini berpuasa lebih kurang 16 jam - 17 jam. Tempoh yang lama juga sebenarnya...
Tahun ini merupakan tahun ketiga saya sekeluarga berpeluang puasa di perantauan di bumi yang sangat terkenal dengan pokok maple.
Pelbagai reaksi yang saya terima daripada pembaca dan pengikut saya di media sosial. Ramai yang mendoakan kesejahteraan kami di sini. Terima kasih semua. I love y'all.
Ada yang memberi respons seronok tinggal di negara omputeh ya. Mudahan kami juga dapat merasa seperti Puan satu hari nanti.
Pada saya, setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi saya, berhari raya di Tanahair adalah terbaik bagi saya. Mungkin berpuasa ok la nak try di perantauan. Kena banyak tahan rindu sebenarnya...
Saya pernah berpuasa pertama kali di perantauan semasa bekerja di Qatar, cabarannya pada masa itu musim panas. Panasnya SubhanAllah.. kesian sangat dengan suami.. bekerja di tengah panas. Tapi sebab kami berada di negara Islam, syukur ramai kawan-kawan support.
Saya juga pernah berpuasa di Paris, masa itu hujung-hujung Ramadhan. Juga sama kami berpuasa awal musim summer, tetap panjang tempoh berpuasa...saya berpeluang sambut hari raya di London pada masa itu sebelum terbang balik ke Malaysia.
Semasa menetap di Korea Selatan juga saya berpeluang berpuasa Ramadhan di sana selama 3 tahun. Elok pula puasa jatuh pada musim bunga ke musim panas. Jadinya, puasa lebih kurang tempoh Malaysia (13 jam) selama 3 tahun itu.
Dan, untuk kali ini di bumi mat saleh Kanada adalah tahun ketiga berpuasa Ramadhan.
Berpuasa di Kanada khususnya di Kitimat, jauh di sudut hati saya merasakan kurang keseronokan. Di sini, tiada kedengaran azan. Sunyi sangat, jiran tetangga pun semuanya mat saleh non-muslim. Ramai yang tidak tahu kami menjalani ibadah Ramadhan. Kalau ada yang tahu pun, mereka tidak tahu sebenarnya apa itu Ramadhan. Ada sekali tu, kawan saya tanya kalau puasa boleh minum kan? Bila saya beritahu tidak boleh makan dan minum sepanjang hari siang. Terkejut diaorang... ada juga kawan-kawan yang masih mengajak pergi hiking dan berjalan-jalan sekitar bandar. Begitulah, setiap kali itulah saya akan terangkan kepada mereka... mereka fikir saya mengamalkan intermittent diet.
Untuk anak-anak saya, Lana dan Umar ... mereka tetap menjalani kehidupan persekolahan seperti biasa. Ikuti semua aktiviti sekolah macam biasa tiada pengecualian. Walaupun, saya boleh sahaja minta kebenaran daripada pihak sekolah buat pengecualian buat Lana dan Umar. Tetapi, atas permintaan mereka berdua katanya 'Tak apa Mama...kitaorang boleh handle lagi"...
Cerita Lana pada minggu ini, dia ada hiking selama 5.5 km. Suhu panas juga sebenarnya... bila balik sekolah selalu dia bercerita. Dia ada PE ... kena main soccer di luar bangunan, ada walking around uptown with her classmates. Saya hanya mendengar ... saya tahu dia kepenatan tetapi semangat dia kuat dalam menjalani ibadah Ramadhan. Mama doakan Kakak berjaya dunia akhirat..
Cerita Umar pula... kawan-kawannya sampai tidak perasan dan ada yang tidak tahu dia berpuasa sebab dia main basketball macam bertenaga seperti sebelum bulan Ramadhan. Hai...anak bujang yang seorang ini memang kuat bermain... cikgu kelas dia pun kata Umar sangat pandai bermain dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran subjek PE. Walaupun bila dalam perjalanan balik sekolah, pasti masing-masing bercerita kepanasan dan saya lihat muka masing-masing kepenatan. Lana kata dia tidak mahu markah untuk subjek ini kurang, itu sebab dia akan buat macam biasa. Tetapi, dia akan kurangkan berlari sahaja...
Syukur Mama ada anak-anak yang faham tentang kehebatan Ramadhan. Semoga anak-anak Mama menjadi insan yang soleh dan solehah serta taat pada ajaran agama Islam. Walau dimana bumi yang dipijak, jangan dilupakan perkara wajib sebagai kita adalah hambaNya. Tiada rezeki yang barakah sekiranya kita meminggirkan dan melupakan perkara-perkara wajib yang telah diajariNya.
Kadang-kadang, ada juga saya terfikir...bersyukurnya saya menjalani puasa Ramadhan di bumi ini pada musim pandemik. Kalau tidak asyik dapat text message pergi ke jamuan. Diaorang sini baik sebenarnya... mereka tidak meminggirkan kami sekeluarga tetapi itulah bila ke party. Saya akan lihat mereka minum wine dan saya minum air oren. Hihihih....Budaya baru dan pengalaman buat saya di sini. Suami saya tidak akan ikut saya ke jamuan, kalau jamuan itu khas untuk 'ladies'. Korang jangan ingat, aku join minum air itu pulak tau ! Itu budaya mereka dan minuman mereka bukan untuk kita yang muslim ni. Apa-apa pun, kawan-kawan saya di sini baik-baik belaka. Mereka tidak kisah untuk mendengar cerita saya tentang diri saya yang berhijab. Tentang perayaan sambutan kita orang muslim. Sebenarnya ramai yang tidak tahu, kita jangan ingat semua non-muslim tahu pasal Islam ye.
Sebagai keluarga Islam yang hidup dalam kelompok non-muslim yang banyak tidak tahu tentang Islam, ada yang tidak pernah tahu pasal Islam atau muslim... saya yang kena bersabar. Hidup di bandar-bandar besar mungkin ramai yang sudah biasa dengan cara hidup orang Islam tetapi untuk kami sekeluarga di Kitimat... kami yang perlu bersabar dan pahamkan mereka. Tidak ada perkataan lain hanyalah sabar ...
Menghormati dan mendengar kisah kehidupan mereka sebagai non-muslim...
Di sini saya belajar tentang jangan condemn dan mengata tentang kepercayaan orang lain.
To be a good listener, respect to their beliefs.
#ceritakamidikanada #ramadhan2021
0 ulasan