Pada hujung minggu lepas, saya dan suami membawa anak-anak pergi bermain ski sebelum ski resort di Terrace menutup tirai bagi winter kali ini untuk pembersihan. Ye lah.. kan dah masuk musim panas sebenarnya.
Ada sesetengah ski resort sudah dua minggu tutup kepada umum sebab musim bunga sudah tiba. Tetapi, sebab Terrace Ski Resort ini di Utara Kanada jadi rezeki kami dapat menikmati lama untuk meluncur salji.
Sebenarnya, ini merupakan tahun kedua Lana dan Umar mencuba dan bermain ski. Tahun lepas, kami bernasib baik sebab dapat berkali-kali main memandangkan masa itu belum musim pandemik. Namun, kali ini lebih banyak peraturan.
Hanya 200 pemain sahaja dibenarkan untuk bermain dan wajib daftar lebih awal. Tiada istilah walk-in. Tiada lagi boleh bermain half-day or full-day. Bila kaunter di buka, itulah masa daftar dan start main...
Bagi, saya dan keluarga yang merupakan anak jati Malaysia. Tidak pernah langsung terfikir untuk bermain sukan ini. Tiada dalam bucket list orang kata.
Jika kita dengar cerita-cerita orang-orang Malaysia pergi travel pasti mereka tidak memilih bermain ski berhari-hari sampai bercamping di tepi ski resort. Sekadar main salji sikit-sikit tu ok la kan...macam saya la tuh..hihihi...
Sungguh, saya berkata benar... di sini akan kelihatan pandangan yang sangat biasa. Melihat khemah-khemah (khas untuk winter) yang di pasang bersama blanket bed dan RV park di tepi ski resort. Saya hanya dapat bercerita sahaja sebab tak mungkin saya ambil gambar mereka tanpa izin. Dalam hati saya, mereka memang lasak.
Lana juga pernah merasa rombongan sekolah ke Smithers selama 3 hari hanya untuk bermain ski pada tahun lepas. Tidur di ruang dewan gym sekolah bersama snow blanket berdekatan dengan ski resort. Sangat-sangat biasa pada pandangan mereka. Itulah pertama kali, saya melepaskan Lana mengikut rombongan sekolah di sini. Bukan musim panas tetapi pada musim sejuk (suhu pada itu -10 celcius).
Pada pandangan peribadi saya, dia boleh sahaja ikut rombongan sekolah. Biar dia merasai pengalaman lasak bersama anak-anak mat saleh. Namun, saya pastikan bekalan makanan yang boleh dimakan untuknya. Tudung yang sesuai dipakai sepanjang bermain ski. Dan, satu lagi... dia tahu untuk bersolat di mana dan cara yang sesuai solat di musim salji. Tidak perlu bersolat di tengah orang ramai ataupun di tengah padang salji. hihihi...
Umar juga begitu...
Dan saya fikir menyediakan kelengkapan untuk anak-anak bermain ski di musim pandemik ini sangat mencabar.
Alhamdullilah, saya bersyukur anak-anak saya tahu bawa diri dan menyesuaikan keadaan.
Ada juga yang bertanya, kenapa saya tidak bermain sekali?
Saya sudah cuba untuk bermain ski pada tahun lepas. Tapi, nampaknya anak-anak lebih pantas meluncur berbanding saya dan suami. Lutut saya sudah tidak cukup kuat untuk menahan geseran salji. Pengalaman saya pada tahun lepas, sukan ski ini memerlukan anggota badan yang fit. Kalau tak ...balik rumah ... pengsan...hahahaa.. InsyaAllah, saya dan suami akan cuba lagi next season.
Kawan-kawan saya bila terjumpa masa saya jadi pemerhati pada anak-anak.. mereka kata cubalah berkali-kali, Siti..
Saya tak kata saya tak boleh tetapi mereka itu sudah jadi darah daging bermain ski ini semenjak umur 3 tahun. Celik mata dah jumpa salji. Kita ni... dah berumur baru nak belajar cecah-cecah salji. Keras semua otot-otot. hahaha..
Jangan ingat semua omputeh suka main ski tau! Kawan saya yang dari Australia juga tidak mahu teruskan. Ramai juga tidak suka tetapi mereka pernah mencuba. Sebab bila sekali dah cuba, ada yang kata sukan ski sukan yang berisiko tinggi.
Namun, korang boleh cuba... ada staff yang boleh membantu. Masuk lesson 30 minit dan boleh meluncur. Yang penting "Having fun !"
Saksikan video di bawah ini, gelagat anak-anak Melayu sewaktu bermain ski. Makan tengahari 'nasi' tak boleh tinggal. Hihihi...
![]() |
Sudah habis satu round ! Naik lagi... |
![]() |
Ready to bunny hill |
![]() |
Ready to chair lift |
0 ulasan