Hari ini saya ada temujanji dengan Dentist . Rupa-rupanya terjumpa kenalan saya.. Lina namanya. Lina berasal daripada Quebec, Kanada. Nama sahaja Lina bukan Lina orang Melayu.
Saya berkenalan dengan Lina semasa dalam kelas bahasa Inggeris, Tak sangka dia bekerja di sini.
Saya tanya dia
“Are you dentist ?”
“No, i’m not . I’m dental hygienist”.
“Oh, i see. What kind of scope you’re doing here?”
“I’m doing cleaning, briefing how to brush your teeth, doing x-ray”
“Good to know, yeah”
....
Begitulah... sembang tentang ilmu dental. Saya baru tahu bukan semua skop kerja di klinik dilakukan oleh dentist. Sebahagian tugas dilakukan oleh petugas seperti Lina.
Lina fasih berbahasa Perancis kerana dilahirkan dan dibesarkan di Quebec. Berpindah ke Kitimat kerana suaminya bekerja di sini.
Dan, hari ini saya buat ‘cleaning’ untuk gigi saya bersama Lina. Setiap 3 bulan begitulah rutin saya. Di sini, saya membeli insuran dental sekeluarga. Banyak kebaikan bila ada insuran dental.
Berbalik kepada tugas Lina, ia memerlukan Diploma in Hygiene daripada kolej perubatan. Sebenarnya, baru pertama kali dengar lulusan dalam bidang ini. Mungkin saya yang tidak tahu sebab saya belajar bidang teknologi.
Sebab kami kenalan, jadi tempoh rawatan tadi jadi lama sebab kejap-kejap kami bersembang. Lama tak jumpa, banyak la cerita. Kebetulan, musim pandemik memang aktiviti kami semua jadi kurang...sepanjang rawatan gigi tadi, salji turun lebat sangat.
Lina kata dia teringin nak travel semula tapi pandemik buat dia tersekat dan dia sibukkan diri dengan kerja di klinik. Hobinya membuat seni seramik, menjahit... memang kami banyak persamaan dalam hobi. Itu sebab jadi lama, saya pun lenguh juga dbuatnya duduk berbaring sambil mulut terbuka...
Begitulah... kisah di klinik gigi sepagian.
![]() |
Bila salji menyeliputi bumi |
0 ulasan