Pengalaman sebagai Cat Sitter ataupun Penjaga Kucing.
Sebenarnya sudah beberapa kali saya dan juga anak-anak saya menjadi volunteer untuk penjaga kucing ataupun cat sitter. Pernah juga saya menjadi baby sitter selama 1 hari. Lana juga pernah menjadi babysitter kepada anak jiran kami.
Berapa bayaran yang dikenakan? Untuk babysitter 15 dolar sejam (minimum harga yang ditetapkan oleh kerajaan). Lana pernah dapat sehingga 60 dolar untuk 5 jam. Ia juga bergantung berapa tuan rumah ingin beri.
![]() |
Nama saya Flower !! |
![]() |
Menjadi Penjaga Trak Kepunyaan Orang |
![]() |
Sebagai Penjaga Trak |
![]() |
Tuan Punya Trak Nak Balik Dari Percutian .... |
Sepanjang Musim Panas ini…. ada banyak aktiviti saya anak-beranak lakukan. Antaranya inilah dia iaitu cat sitter… yang terbaru dog sitter.
Dalam masa yang sama, selain menjaga kucing yang bernama Flower… saya juga diberikan kebenaran untuk menggunakan trak milik si tuan kucing ini. Inilah pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila… merasa memandu trak yang memang tidak ada di Malaysia. Sangat besar… aduhai ! hihihi… Terima kasih semua kerana mempercayai saya.
Selain daripada itu ….
Mesti rasa terkejut kan? Menjadi penjaga anjing selama 4 hari. Penjaganya pergi bercuti.. untuk menjaga anjing saya serahkan kepada anak bujang saya. Barulah dia rasa bertanggungjawab sikit. Berdebar katanya sebab tidak pernah terima ‘job’ … lagipun anjing itu adalah kepunyaan rakan baik saya. Beliau sekeluarga ke Vancouver kerana menemani suaminya yang ada operation mata. Kesian pula bila mendengar katanya tiada orang yang ada kesempatan untuk menjaga anjingnya. Untuk pengetahuan korang, bila Summer masing-masing akan keluar dari Kitimat untuk pergi bercuti…
Sebenarnya untuk bulan ini sahaja, sudah 2 rumah saya dan anak-anak saya menjadi penjaga kucing. Banyak pengalaman… dan sekarang saya menjaga 2 ekor kucing rakan saya yang kini ke Edmonton menguruskan rumahnya untuk dijual.
Nantikan kisah-kisah selanjutnya…
Kesimpulan yang boleh saya katakan…menjadi cat sitter dan dog sitter adalah satu pekerjaan yang mulia. Ada banyak iktibar daripada pekerjaan ini.
0 ulasan