Cara Pembelajaran Sekolah di Kanada Semasa Pandemik Covid19




Bas yang di tempah khas daripada bas awam untuk pelajar High School




Pemandangan dan suasana ini saya rakamkan pada dua minggu lepas...

Sebenarnya itu adalah bas sekolah yang membawa pelajar sekolah menengah pulang ke rumah. Bas awam asalnya tetapi tempah khas.. hanya untuk pelajar sekolah menengah (High School). Tak silap saya ada satu sahaja bas untuk pelajar menengah.

Kalau Umar (anak lelaki saya), dia ada bas sekolah sendiri sama juga seperti primary school yang lain.

Korang tahu, secondary school atau High School ada satu sahaja di Kitimat. Primary school ada 4 buah. Sekolah khas untuk anak-anak OKU ada sebuah.

Musim pandemik ini, semua anak-anak kena ikut SOP. Mudahan semuanya terpelihara la kan.

Kami di 🇨🇦, boleh bersekolah seperti biasa sejak September tahun lepas tetapi ada cara dan jadual telah berubah sebagai menjaga jarak antara satu sama lain.

Anak-anak di sekolah ditetapkan untuk bergerak dan belajar dalam kumpulan yang ditetapkan. Kalau primary school tidak banyak berubah kerana mereka tidak ramai.

Saya akan ceritakan secara terperinci cara sekolah Lana iaitu High School.

High School menetapkan pelajar belajar dalam bubbles mereka atau kumpulan kecil yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Bermula daripada permulaan sekolah sehinggalah sekolah berakhir, itulah kumpulan kecil mereka. Tidak boleh bergaul dengan kumpulan pelajar lain. Nak bergurau sesama kumpulan yang berbeza pun tidak dibenarkan.


Pelajar di minta memakai 'mask' ketika bangun daripada tempat duduk masing-masing dan makan. Bermakna ke mana-mana Lana, walaupun di dalam kawasan sekolah dia wajib memakai 'mask'. Hanya ketika kelas sedang berlangsung mereka boleh membuka 'mask'.

Untuk pelajaran pula, mereka telah diberikan masa selama 2 bulan setengah untuk menamatkan setiap pelajaran. Bukan seperti tahun-tahun sebelum ini, mereka perlu menghadap semua pelajaran sepanjang tahun. Maksudnya selama 2 bulan setengah, hanya 2 mata pelajaran sahaja dipelajari.


Kenapa di buat sebegitu? Untuk mengelakkan pelajar berkerumun pada setiap mata pelajaran di hadapan pintu kelas sebelum memasuki setiap kelas. Di sini, setiap pelajar tidak ada kelas masing-masing. Hanya guru sahaja yang menunggu di dalam kelas. Pelajar tiada kelas sendiri. Saya boleh katakan pada peringkat menengah, stail pembelajaran mengikut cara belajar di peringkat universiti.


Locker diberikan pada setiap pelajar. Ia perlu di sewa selama setahun. Kalau biasa lihat movie mat saleh... sama la tuh sebab kebanyakan movie di Malaysia adalah dari Hollywood. Kanada dengan Amerika ini sama sahaja stail pembelajaran di peringkat sekolah.


Begitulah....

Semoga cerita saya ini bermanfaat. Jika ada sebarang soalan tentang persekolahan di Kanada, boleh nyatakan di ruang komen.

Byeeee !!!!


Koleksi Sitikb
Lorong-lorong yang digunakan untuk pejalan kaki.  Sebab sekarang waktu persekolahan, maka pelajar sekolah banyak menggunakan laluan lorong ini.


Walaupun kedalaman salji sudah melebihi buku lali Umar.  Jom.. pergi sekolah dulu...

0 ulasan