Jahitan Bakul Yang Simple Dan Mudah !

Ini merupakan bakul jahitan saya yang siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Ia merupakan niat saya untuk menjahit sesuatu buat kawan-kawan saya di sini.  Untuk kali ini saya telah berjaya menyiapkan sebanyak 5 biji bakul termasuk diri saya punya.  Tidaklah berapa kemas tetapi ia merupakan satu kepuasan apabila dapat menjahit bakul ini.

Nampak comel sangat. hihihi

Ia merupakan pattern daripada www.sewsweetness.com .  Sangat mudah untuk menyiapkannya kerana Sara Lawson mempunyai video tutorial di YouTube channel Sewsweetness .

Kepada rakan-rakan yang masih baru dalam dunia jahitan.  Saya cadangkan boleh ikuti jahitan di channel Sara Lawson.  Boleh juga print pattern daripada website beliau.


Koleksi Sitikb


Koleksi Sitikb
Bila Menjahit Dengan Si Bulus, Pemberi Inspirasi






0 ulasan