Bila Kawan-kawan Ajak Pergi Snowshoeing !

Cerita semalam...

Tidak jauh daripada tempat tinggal saya.

Berjalan meredah padang golf yang luas, kemudian masuk ke hutan... hutan empat musim.

Pada mulanya saya fikir, kawan-kawan saya ni ajak hanya menyelusuri padang golf. Tetapi, Sam kata nak tunjukkan kawasan hutan tua di sini. Saya juga fikir mungkin tak lama sebab Alyson kata semalam dalam 1 jam lebih sahaja kami ber'snowshoeing'.
4.6 km ... selama 3 jam ...

Haaa... ambik kau! Patut la rasa lapar, rupanya lama betul berada dalam hutan. Bayangkan lah, dalam hutan bukannya jalan lurus, ada bengkak-bengkok juga jalan di hutan.  Ada turun dan naik juga...
Penat, kami berhenti. Sungguh, saya berhenti sebab macam-macam yang jadi. Apabila kasut snow tercabut, kami berhenti tolong pakaikan semula untuk kawan. Ada yang baru pertama kali datang ke padang golf ini, tentulah lain perasaannya itu.

Saya sendiri, baru kali kedua ber'snowshoeing' . Saya pinjam kasut ini. Aktiviti snowshoeing di kalangan mereka sangatlah biasa. Sudah menjadi acara tahunan bersama keluarga. Mula-mula terfikir juga, ingin memiliki kasut ini tapi bila mengenangkan harga kasut ini. Tak apa lah... Saya katakan pada Alyson untuk meminjam di kalangan komuniti di sini jika mereka ada lebih kasut snow ini.

Kalau saya berhiking bersama keluarga, kami redah sahaja menggunakan boot snow. Memang tenggelam la....kadang-kadang biasa juga salji masuk dalam kasut. Itulah sebabnya penting bila pergi berjalan di atas snow yang tebal digalakkan memakai snowshoes. Pernah beberapa kali, jiran saya pesan, pinjam dengan dia kalau nak pergi snowshoeing. Begitulah, baiknya komuniti di sini.

Menikmati setiap inci keindahan milikNya. Subhanallah. Melalui hutan yang berusia lebih 400 tahun, mengajak saya berfikir tentang penjagaan. Sangat terjaga hutan ini.  Boleh lihat banyak pokok spruce yang berusia beratus tahun. Kata Sam (kawan saya), untuk tahu berapa usia setiap pokok melalui daripada urat pada batang pokok. Apabila ditebang, mereka akan mengira urat-urat tersebut. Satu jaluran mewakili satu tahun usianya. Allahuakbar, saya baru tahu. Indahnya ilmu Tuhan kan...

Kanada juga ada industri pembalakan, tetapi selepas balak di tebang mereka tanam semula.

Begitulah, bila sayang kita jaga baik-baik kan. Kalau tak sayang punahlah semuanya.

Jangan disamakan dengan negara kita ok... sebab negara kita juga ada Taman Negara ...

Dan, kita tak perlu berbalah berkenaan ini di sini.

Teringat masa belajar Geografi, teringat cikgu cerita hutan di negara 4 musim lapang di kawasan bawah bahagian akar pokok. Betul sangat... hutan tropika ada banyak pokok renek. Masa saya study bila kata pergi hiking, punyalah saya ready pakai kasut elok-elok sebab hutan Malaysia kan banyak pacat. Sini tak ada tau! Sejuk kan...Tapi masalah lain pula ialah banyak binatang buas.

Walaupun, kawan-kawan saya kata tak la buas sangat tapi binatang liar la. Adoi.... memang tak la jalan seorang diri dalam hutan begini.

Dapat melihat jejak-jejak binatang buas sepanjang perjalanan kami meredah hutan ini. Bekas tapak kaki mereka ... kelihatan seperti tapak kaki harimau. Tapi, sini tiada harimau. Hihihi

Menurut kata rakan saya yang merupakan Canadian, mungkin cayote atau cougar. Tak tahu lah... bear tidak keluar kerana mereka tidur sebab kelihatan beberapa mangsa yang telah selamat di jamah. Lazat sungguh nampaknya bila melihat bangkai yang ditinggalkan.

Indah sangat... MasyaAllah. Terima kasih buat rakan-rakan. Syukur kerana dapat masuk kawasan ini... sepanjang perjalanan ber’snowshoeing’ kami sering diperingatkan tentang jarak walaupun semuanya adalah komuniti tempatan. Jaga tetap jaga...

#ceritakamidikanada

Koleksi Sitikb




Koleksi Sitikb



Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb



Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb




0 ulasan