Snow Fall Datang Lagi...

Baru sahaja semalam, saya up post di Instagram mengatakan salji yang turun light light sahaja.  Tak tebal pun...

Hari ini saya dapat pesanan ringkas di telefon mengatakan 'snow fall warning'.  Bermakna salji yang turun antara 15 cm - 20 cm.  Kalau di Malaysia, dah habis banjir satu bandar.  Tetapi di sini, salji yang menggunung.

Sekiranya minggu lepas selama hampir 10 hari kami di landa dengan suhu yang sangat sejuk sehingga mencecah ke (- 32 C) di waktu pagi bersama angin sejuk dari kawasan Artik. Tetapi hari ini dapat amaran tentang 'snow fall', di jangka akan turun sehingga hujung minggu ini.  Maknanya hampir 4 hari.

Semasa saya menaip entri ini, salji lebat baru sahaja berhenti.  Nampak fresh snow di sana sini.  Cantik sangat. SubhanaAllah..

Bulan ini genap selama 2 tahun kami menetap di Kanada.  Banyak kenangan yang kami lalui selama 2 tahun.  Banyak yang saya kisahkan cerita gembira berbanding sedih.  Namun, saya lebih suka bercerita dengan pembaca saya tentang cerita-cerita info dan menarik.  

Kisah-kisah sensitif dan negatif biarlah saya simpan di hati dan kepala.  Saya tidak mahu pembaca di blog ini merasa negatif.  Ia boleh buatkan hati kita jadi keras.

Ramai pembaca memberi pandangan yang baik-baik apabila membaca blog ini.  Ada yang mendapat idea dan inspirasi.  Saya suka begitu...Itulah tugas kita sebagai penulis.  Terima kasih semua.

Penulis boleh menjadikan pembaca merasa bahagia, aman, berangan seperti berada dalam sebuah movie.  Penulis juga boleh membuatkan pembaca naik hantu.  Hahahaha...

Jom, saya kongisikan gambar-gambar yang saya sempat rakamkan semasa 'snow fall'...

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb





   

0 ulasan