Good morning dan Selamat Pagi 🥰🥰
Di Kanada 🇨🇦... sebenarnya ada macam-macam channel di sini. Teringat, masa zaman kanak-kanak dulu.. buka (TV 2 - RTM 🇲🇾 ) ada berita bahasa Tamil atau Cina. Betul kan...
Masa itu tidak pernah langsung ada keinginan untuk belajar kedua bahasa tersebut walaupun celik-celik biji mata ni sudah biasa mendengar bahasa tersebut. Kita tidak ditanamkan tentang kepentingam mempelajari bahasa selain bahasa ibunda dan Inggeris. Namun, generasi kini sudah banyak terbuka minda tentang kepentingan mempelajari pelbagai bahasa.
Walaupun Kanada mengamalkan dwibahasa (French and English) sebagai bahasa utama tetapi mereka juga ada pelbagai bahasa yang digunakan oleh keturunan yang telah menetap berpuluh tahun di sini. Kalau pagi ini, saja-saja buka channel Portugis. Baru tahu, begitu rupa bentuk tulisan mereka. 😊
Ada banyak lagi channel, Mandarin, Punjabi, French, Korea, Spanish, English dan Philipines. Bukan berita tau tapi channel khas untuk setiap bahasa. Sebab di Kanada mengamalkan dasar terbuka dalam berbahasa. Menghormati bahasa dan budaya orang lain. Tapi, kita belajarlah bahasa mereka pula sampai lancar.
Saya bersyukur kerana anak-anak diberikan peluang oleh Allah taala untuk mempelajari French di sini selain Bahasa Inggeris mengikut accent Canada. Alhamdullilah... boleh dibanggakan.
Jangan tanya Mama diaorang pasal French tau! Memang ke laut dalam la pasal French ni. InsyaAllah satu hari teringin juga nak belajar. Hihihi
Iye, di sini sangat ramai keturunan Portugal dan mereka masih menggunakan bahasa ibunda di rumah mereka walau telah menetap dan menjadi warganegara Kanada berpuluh-puluh tahun di sini. Respect pula pada mereka. 🙂
Saya juga ada beberapa kenalan dan kawan yang rapat dari Brazil. Di mana mereka fasih berbahasa Portugis. Sebab Brazil menggunakan bahasa Portugis. Saya juga ada mengenali beberapa orang tempatan yang mahir berbahasa selain Inggeris dan French. Ada yang mahir sehingga 5 bahasa. Salute !
Tiada larangan ataupun siapa pun tak akan menjeling kalau mereka hendak bercakap bahasa ibunda mereka di depan orang lain.
Saya sendiri tiada masalah untuk menggunakan bahasa Melayu di hadapan mereka. Kadang-kadang mereka tanya, boleh ke nak tahu sikit-sikit pasal bahasa Melayu? Nampak tak... ramai orang tak kisah.
Sebab apa? Kredit kepada anak-anak sekolah di sini sekiranya mereka boleh berbahasa lebih daripada satu. Tidak termasuk French... sebab untuk masuk belajar di mana-mana institut pengajian tinggi di Kanada mereka wajib dan lulus subjek Bahasa Perancis di High School. Dan, kalau tak lulus... kau ulang sampai lulus.
Camaner? 🤔
Jom kita belajar bahasa lain.
Sebenarnya saya pun faham juga bahasa Jawa 😅🤭. Ok tak 😅 sitik-sitik
0 ulasan