Kisah Lori Sampah di Kanada

Hari ini merupakan hari Jumaat di sini. Hari untuk membuang dan hari pengutipan segala sampah. Seminggu sekali lori sampah akan datang.

Teringat pula kisah kami sekeluarga pada tahun lepas yang mengalami salji yang sangat tebal. Tahun ini berbeza pula, walaupun salji tidak turun tebal tetapi diuji pula dengan tiupan angin sejuk yang kuat. Ujian yang berbeza dan tetap juga ada kesukarannya.

Walaupun salji penuh dan tebal kiri kanan jalan, abang-abang lori sampah tetap datang mengambil sampah pada setiap rumah. Salute !

Saya dapat lihat mereka mengutip dengan sangat cepat. Sejuk kan..Hanya 2 orang sahaja pekerja sahaja. Seorang mengutip dan seorang memandu tetapi pemandu juga berperanan sebagai tukang kutip. Bagaimana rupa lori tersebut, sama sahaja seperti di Malaysia. Busuk pun sama juga. Sudah namanya sampah kan. Tapi, yang best di sini... sampah-sarap tiada ulat sampah tu bila musim sejuk. Kalau musim panas, ready semua ulat keluar.

Sampah pada hari Jumaat adalah sampah yang merupakan sampah kompos. Sampah jenis lain di asingkan mengikut kategori seperti plastik, botol-botol kaca serta kotak-kotak kecil. Ada setengah-setengah sampah, yang terdiri seperti kotak-kotak besar ataupun barang yang sudah tidak boleh dipakai..saya perlu buang sendiri di tempat pembuangan sampah yang terletak di luar daripada bandar. Ia dibuka sehingga petang Sabtu.

Kalau nak buang tilam buruk ke.. pun kena buang sendiri ditempat yang ditetapkan. Tidak dibenarkan sama sekali membuat pembakaran terbuka. Tak ada ye lori-lori jual tilam lama, tilam baru..sambil berlagu lalu depan rumah tau!

Teringat pula Malaysia, hihihi... indahkan Malaysia boleh buat lagu jual tilam!!

Ada sebenarnya perkhidmatan yang mengambil barang-barang lama yang besar-besar, semuanya lengkap tak perlu sakitkan badan untuk mengangkatnya tetapi sediakan kos dan tiada isu tawar-menawar, Syarikat Waste Management.

Kebetulan pada hari tersebut Umar dan Lana tidak pergi sekolah kerana sekolah di tutup sebab salji penuh di jalan raya. Jadi, bolehlah tolong Mama dia angkat dan buang sampah. Lana pula jadi cameragirl. Hihihi...Di sini, kalau setakat salji paras lutut sekolah tak tutup ye. Yang ini kes khas, sudah lebih 1 meter, puas tolak-tolak salji ke tepi pun... salji lain yang baru pula datang.

Macam itu la kisah tentang lori sampah.

Kepada yang dihormati, di bawah ini adalah Channel YouTube rasmi saya. Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE ! Moga saya lebih rajin upload video di channel kann..


0 ulasan