Salji Tak Turun, Tapi Angin Kuat di North British Columbia

Melalui fasa-fasa ekstrem cold 🥶 ketika ini.

Bila di sebut ekstrem bermakna kurang daripada (-10 C) tetapi sejak beberapa hari ini kami di sini menerima amaran daripada WeatherCAN bahawan suhu boleh menjunam sehingga (-32 C).

Pada ketika ini, salji yang hadir adalah kering dan sangat merbahaya berada di luar bangunan. Tidak digalakkan berada di luar bangunan melebihi 10 minit.  Salji yang datang bersama angin yang bertiup, buatkan salji seperti debu-debu pasir.

Memang cantik pemandangan tetapi sangatlah seram bila dengar bunyi angin yang bertiup.

Angin bertiup sekitar 30km/j sehingga 50km/j,  saya fikir cukup kuat.  Seram dengar bunyi angin di luar bila nak tidur.  Semasa saya menaip tulisan ini pun, saya masih dengar bunyi deruan angin di luar.  Kuat kan!

Mudahan terpelihara dan selamat kami di sini.  Doakan ye..

Sekiranya tahun lepas ingat lagi, kami di sini diuji dengan salji yang sangat tebal tetapi kali ini angin sejuk yang kuat pula.  Angin yang bertiup ini sebenarnya datang daripada arah Utara kawasan Artik.  Juga dikenali sebagai Artic Circle.

Saya dapat berita, ada seorang perempuan yang berusia lingkungan 60-an pergi ziarah ke rumah jiran sebelah. Di jumpai mati kesejukan di luar rumah pada keesokan pagi walaupun jarak daripada rumahnya tidak jauh mana. Dalam beberapa minit perempuan itu mengalami frostbites. Pada masa itu suhu di tempatnya berada pada tahap (-42 C) . Innalilahiwainnahirajiun...

Allahuakbar...

Walaupun berita ini bukan dalam daerah saya tetapi ia masih dalam negeri yang sama...terletak di Dawson Creek, tidak jauh daripada Kitimat.

Memang benarlah orang kata, Kanada terkenal dengan suasana sejuk yang ekstrem.. walaupun sejuk begini, ada juga kawan saya yang berjogging di tengahari tadi.  Tercabar sungguh rasanya. Kuat betul diaorang ni lah..😬

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb






0 ulasan