Tamar atau Kurma Dan Madu Di Kanada | Ramadhan Diaries 2021

 Tajuk entri kali ini menarik kan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.  Saya dapat tahu blog saya di baca oleh ramai orang daripada seluruh pelusuk dunia.  Terima kasih semua kerana sudi membaca coretan saya ini.  Kita sangat beruntung kerana google sudah ada teknologi google translate yang bagus.

Semasa saya menulis entri kali ini, kami sudah berpuasa selama 14 hari.  Syukur alhamdullilah..

Sambil mendengar lagu Maher Zain Ramadhan, terasa betul kerinduan pada Ramadhan di Malaysia.  Iye... Malaysia tetap terbaik and the most happiest place during Ramadhan.  Siapa tak rindu kampung halaman kan...

Tajuk ini saya dapat hasil daripada pembaca yang mengemukakan pertanyaan pada saya tentang ini.  Terima kasih kepada yang bertanya.  Kadang-kadang idea terputus juga, soalan-soalam daripada pembaca menarik untuk saya menulis pada pagi Ramadhan yang ke 15 ini.  Alhamdullilah.

Kanada memang tiada ladang kurma tetapi kebanyakan kurma di import dari Amerika negara jiran kami.  Amerika mempunyai ladang kurma yang sangat luas.  Terdapat di California, Arizona dan Nevada.  Sebenarnya bukan semua negeri di Amerika ada salji tau.  Amerika juga ada gurun tetapi tidak seluas negara-negara di Arab. Jenis kurma yang di import ke Kanada ialah jenis medjool.  Sedap... saya suka sangat.

Korang jangan ingat mat saleh ni tak pandai makan kurma ye.  Mereka ini lebih kreatif daripada kita.  Teknologi mereka dalam pemakanan sangat hebat.  Maaf nak cakap, ada perkara memang mereka sudah jauh ke depan.  Kita je ingat mereka tak tahu.

Berkenaan madu pula, Kanada merupakan negara yang terkenal dengan beruang.  Korang tau ke yang beruang ni suka makan madu?  

Orang di sini buat sendiri madu tau.  Di sini ada kedai  yang menjual barang-barang untuk buat tempat lebah buat madu.  Belakang rumah je diaorang ni buat.

Kalau tanya saya, saya tidak berani buat sebab belakang rumah dan tepi rumah saya merupakan laluan beruang.  Musim panas ada beberapa kali beruang lalu di tepi rumah saya.  Tabiat beruang, mereka akan menggunakan lalluan yang sama sepanjang musim.  Contohnya, kalau terjumpa beruang pada tempat itu pada pagi tersebut.  Bermakna lagi 3 minggu, boleh jumpa lagi beruang yang sama lalu berlenggang-lenggok di laluan yang sama.  Beruang ini ada kehebatan menghidu makanan dalam jarak 14 kilometer.  Maka, jangan buat hal la kan.  Nanti dia bagi salam, ketuk pintu rumah.  Naya tau !

Madu dibuat untuk mereka yang ada kawasan luas dan pagar yang tinggi untuk mengelakkan beruang memanjat walaupun beruang ada kelebihan memanjat pagar dengan baik.

Satu perkara, saya ingin beritahu... kurma dan madu bukan makanan untuk orang muslim sahaja.  Sering kita melabel dua makanan ini sebagai makanan sunnah.  Tetap ada betulnya tetapi saya kurang setuju tentang ini.  Maaf sangat..

Bermakna kalau saya makan kurma dan madu yang ditanam oleh orang bukan Islam.  Apa pula status saya?  Dua makanan ini memang saya makan sepanjang Ramadhan ini sebagai pemutus puasa kami sekeluarga.  Ketika berbuka puasa... saya faham ia memberi khasiat dan tinggi kadar kalori.  Kerana kita sudah berpuasa selama 16 jam lebih.  Kurma dan madu amat sesuai kepada tubuh badan kita.  Tetapi, kena ingat juga ia juga tidak boleh diambil secara berlebihan ye kawan-kawan semua....

Begitulah, kisah tamar atau kurma dan madu untuk kali ini.

Selamat berbuka puasa dan selamat bersahur kepada semua muslimin dan muslimat dimana jua dirimu berada.

Koleksi Sitikb
Gambar ini di rakam jam 8.30 malam 






0 ulasan