Pengalaman Keguguran

Entri ke 41

Assalamualaikum w.b.t

Bila di sebut tentang keguguran ramai ibu-ibu tidak kira muda atau sudah meningkat usia akan terdiam seketika.. Ucapan takziah bertalu-talu di terima..

Ihsan daripada google

Saya merupakan insan bertuah dan terpilih oleh Allah Taala kerana mengalami pengalaman keguguran.  Ini merupakan kali kedua saya keguguran, yang pertama pada 2 tahun lepas.  Semasa usia kandungan 10 minggu.  Jika selama ini saya hanya mendengar kisah daripada rakan-rakan tentang keguguran berkali-kali.  Namun apabila ia dialami oleh empunya diri, saya redha dengan ketentuanNya.  Selepas keguguran pada kali pertama dulu,  saya lebih berhati-hati dan menjaga dari segi pemakanan dan berat badan.  Pelbagai andaian yang diterima, namun apa yang sebenarnya ia adalah maksud yang tersirat dari Allah Taala.  RahsiaNya yang tidak kita manusia ketahui.

Sesuai dengan entri yang ke 41..saya disahkan mengandung pada bulan Disember..pada usia 41 tahun.  Tua dah kan..hihihi.. ini merupakan anak yang ketiga.  Saya mempunyai 2 orang cahayamata...alhamdullilah..

Sebenarnya saya check sendiri dan saya perasan kedatangan haid yang lewat seminggu, maka saya pergi pharmacy dan buat ujikaji sendiri..positive.  2 hari selepas itu baru saya pergi jumpa doktor dan doktor mengesahkan positive..memangla gembira sangat kan.. ye la penantian 9 tahun tuh.. doktor bekalkan saya folic acid selama sebulan dan wajib makan setiap hari.  Saya telah di pesan beberapa kali jangan aktif dan jangan angkat berat.  ok lah fine.. doktor klinik minta saya buat check-up bulanan di awal kandungan memandangkan saya ada sejarah keguguran 2 tahun lepas.  Banyak nasihat daripada doktor kali ni..saya pun faham.. Jadi selepas doktor menyiapkan dokumen dan surat rujukan ke hospital.  Saya memilih untuk terus buat check up bulanan di Prince Court Medical Centre  (hospital panel).  Selang 2 hari PCMC call untuk confirm tarikh berjumpa gynae, saya memilih Dr Tan Ai Ing.  Baik sangat doktor ni.  Lemah lembut je.

Selang sebulan saya berjumpa Dr Tan.  Ketika usia kandungan saya masuk minggu ke 11, saya mengalami pendarahan, pada mulanya saya mengatakan mungkin itu perkara normal tapi apabila teringat balik pengalaman pada keguguran lepas.  Baru saya teringat ia berlaku pada usia 11 minggu.  Dengan perasaan yang sedih tapi dalam keadaan terkawal, saya pergi ke klinik yang berdekatan untuk membuat pengesahan.  Selepas saya menghantar anak tusiyen saya terus memandu ke klinik,  saya bercerita pada doctor dan doctor buat scan pada rahim saya.  Benar jangkaan saya doctor mengesahkan sudah tiada lagi denyutan jantung.  Doktor memberi saya surat rujukan untuk berjumpa doctor pakar di PCMC.  Saya pasrah dan redha dengan ketentuanNya.  Jumpa Mama di syurga ya sayang… Saya terus memandu ke KLIA untuk menjenput suami yang baru pulang dari 'outstation'... dengan penuh kesayuan saya khabarkan berita sedih,  suasana sepi dan sunyi tiada lagi sebarang cerita…

Saya memilih untuk buat secara semulajadi tetapi selama tempoh 10 hari setelah berjumpa semula doctor … saya perlu buat D&C.  Selama ni saya dengar macam-macam reaksi orang tetapi bila diri mengalami alhamdullilah ia sebenarnya tidak menyakitkan…

Begitulah ceritanya… walaupun sudah hampir 10 bulan berlalu, saya masih teringat… Apa-apa pun saya redha sebenarnya saya sudah ada 4 orang anak.  Dua lagi menunggu di syurga..




0 ulasan