Entri 62
Catatan harian…
Hampir sebulan lebih kami berada di bumi Kanada, pelbagai pengalaman manis yang kami lalui bersama. Alhamdullilah, saya boleh dikatakan agak selesa dan tenang berada di sini. Mungkin suasana di sini yang nyaman, udara yang bersih, tiada perlu menghadap trafik jem membuat diri saya lebih segar.
Dan, sudah hampir 2 minggu juga saya memandu kereta sendiri menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah. Insyaallah ia akan menjadi rutin saya sepanjang kehidupan kami di sini.
Semalam dalam perjalanan pulang dari sekolah, seperti biasa anak-anak akan buka cerita masing-masing. Sambil memandu saya mendengar satu persatu cerita mereka. Kesimpulan daripada cerita Lana dan Umar, mereka gembira dengan cara sekolah di sini. Tiada kedengaran suara cikgu terpekik-pekik dalam kelas. Tiada lagi kedengaran suara cikgu yang memarahi anak-anak muridnya. Umar kata sampai sekolah cikgu suka peluk anak-anak murid semua. Mereka bebas untuk berkata-kata. Bebas mengangkat tangan jika ingin bertanya tentang kemusykilan. Bebas untuk memperkatakan tentang bantahan atau ketidakpuasan hati walaupun masih baru berusia 7 tahun. Mereka diajar untuk berani bercakap, memperkatakan tentang isu-isu semasa. Terpegun saya mendengar cerita daripada Lana dan Umar.
Semalam, Lana bercerita penuh keceriaan tentang keputusan peperiksaan subjek matematik dan Bahasa Perancis. Kedua-dua subjek tersebut Lana mendapat markah penuh. Tahniah Mama ucapkan kepada Kakak. Umar juga bercerita tentang peperiksaan Bahasa Perancis mendapat markah penuh. Wah! Bukan main bangga Mama mendengarnya kan. Begitulah adatnya bila cemerlang pasti kita gembira tapi bagaimana pula yang mendapat markah lebih rendah atau yang mendapat markah 0. Lana kata ada yang dapat markah 3 untuk matematik. Saya bukan ingin mendabik dada di sini kerana saya percaya Lana dan Umar boleh dapat markah begitu kerana usaha mereka. Saya sering mengatakan Allah akan bantu kepada mereka berusaha yang bersungguh-sungguh. Saya melihat ketekunan mereka dalam pembelajaran.
Sampai di rumah, selalunya saya akan ajak mereka makan petang bersama sambil menyambung cerita tentang hal-hal di sekolah. Tiba-tiba Lana bersuara,
"Mama tahu kalau di Malaysia, kakak selalu kena marah subjek Matematik depan kawan-kawan semua. Sedih sangat masa tu. Kakak memang tak tahu nak jawab soalan tu tapi kena marah juga. Tanya pun kena marah."
Saya mendengar dengan penuh syahdu. Kesian anakku. Dia tidak pernah bercerita tentang keburukan guru matematik dia di sekolah dulu. Selalunya dia bercerita semua guru-gurunya "OK". Walaupun Lana mendapat keputusan A untuk subjek matematik semasa UPSR. Namun disebalik itu, ada perasaan yang dia tidak berapa setuju cara guru menarik perhatian anak-anak muridnya. Saya melihat situasi ini memberi tekanan perasaan padanya walaupun dia sudah sampai ke sini.
"Itu cara guru di Malaysia Kakak… tidak boleh sama kan dengan di sini. Lagipun anak-anak murid di Malaysia tidak suka bertanya. Jadi cikgu tidak tahu siapa yang faham siapa yang tidak faham," begitulah cara saya berkata untuk meredakan keadaan. Saya tidak mahu anak-anak melihat keburukan kepada guru-guru yang pernah mendidik mereka. Setiap guru ada caranya sendiri mengajar dan mendidik anak-anak murid. Saya melihat dari sudut positif sebab manusia tidak pernah sempurna. Saya juga tidak menafikan guru-guru di sini ada cabaran dan dugaan dalam mendidik anak-anak Mat Saleh. Tiada kerjaya yang tiada cabaran. Betul tak!
Walaubagaimanapun, Lana dan Umar cepat mengejar silibus pelajaran di sini. Dan, saya percaya itu juga adalah didikan daripada guru-guru di Malaysia. Sekiranya tiada ketegasan mungkin Lana dan Umar leka dalam pembelajaran. Terima kasih buat guru-guru SAIS.
#ceritakamidikanada
Instagram : siti.khairulbariah
YouTube : siti khairulbariah family

Umar dan Lana Bersama Mr Railey (pengetua sekolah) |

2 ulasan
betul tu ..biasalah lain susana lain cara hidup dan didikan...jauh perjalanan luas pandnagan dan pengalaman...
BalasPadamTerima kasih kerana mengunjungi blog ini....
Padam