Pengalaman Masuk Hutan 4 Musim

Entri 61

Pada pagi ini, saya ingin mengisahkan catatan pengalaman saya pergi bawa anak-anak masuk hutan 4 musim pada cuti hujung minggu lepas.  Hutan di Canada.

Nama hutan kecil ini Giant Spruce Park, di ambil bersempena nama pokok yang tertua di situ.  Ada terdapat sebatang pokok yang dikatakan sudah berusia lebih 500 tahun.  Saya cuba membayangkan diri saya jadi pokok itu.  Maka, saya sudah berjumpa bermacam-macam peristiwa dan sudah tentu jumpa Hang Tuah.  Ada ke Hang Tuah sampai ke sini.  Tidak mungkin….

Perjalanan untuk sampai ke taman ini tidak jauh dari rumah saya, lebih kurang 10 minit sahaja.  Walaubagaimanpun, perjalanan untuk masuk ke taman ini sangat licin ditambah pula keadaan salji di kiri kanan jalan.  Kami menggunakan mode khas pada fungsi tayar kereta untuk masuk ke kawasan ini bagi mengelakkan kegelinciran.

Anak-anak saya mula senyap dan mereka katakana seram juga hutan di sini.  Ye, memang.  Saya juga merasakan perasaan demikian.  Sunyi dan nyaman.  Itulah pengalaman namaya.

Dari kejauhan, kelihatan beberapa pasangan dan anjing pemeliharaan mereka berjalan beriringan dalam hutan.  Rupanya memang inilah aktiviti masyarakat di sini.  Bila hujung minggu berjalan bersama anjing-anjing kesayangan mereka sambal menghirup udara segar di hutan.  Anjing dijadikan penunjuk arah dan tidak akan sesat.  Bagus juga kan!  Oh tapi tidak untuk kami.  Maaf ye kawan…

Selepas park kereta,  kami 4 beranak mulakan hiking menyelusuri laluan untuk mencari pokok Giant Spruce.  Wah!  Terkejut anak-anak saya bila ternampak pokok ini.  Tidak disangka dapat melihat dan memegang pokok yang sudah berusia beratus tahun.  Lana kata macam dalam cerita Harry Porter pula.  Ada 2 lubang besar, memang cukup untuk orang masuk ke dalam lubang itu.  Seram juga kan!  Jangan cuba-cuba, silap-silap beruang yang keluar.

Setelah puas berpusing-pusing dan mengambil gambar, kami pun berpatah balik ke tempat letak kereta.  Lagipun tangan sudah mula kesejukan.  Suhu dalam hutan ketika itu -5 pada jam 1 tengahari.

Pengalaman di Kanada.  Orang sini kata... British Columbia merupakan negeri dalam negara Kanada yang banyak hutan dan tasik.  Mereka percaya di sini dahulunya terdapat dinasour.  Mana tau kan!

Insyaallah, jika ada rezeki… kita meneroka lagi ke bumi Kanada lebih jauh lagi.

Koleksi Sitikb
Permulaan untuk masuk ke Giant Spruce Park

Koleksi Sitikb
Posing jap

Koleksi Sitikb
Mama pula posing

Koleksi Sitikb
Dah jumpa

Koleksi Sitikb
Nampak tak kami?

Koleksi Sitikb
Kita pusing pokok ini

Koleksi Sitikb
MasyaAllah ..

Koleksi Sitikb
cari-cari, pusing-pusing

Koleksi Sitikb
Matahari memancar terik tapi sejuk berangin

Koleksi Sitikb
Posing dik!

Koleksi Sitikb
Jom balik!

Koleksi Sitikb
Alihkan pokok yang tumbang

Koleksi Sitikb
Kawasan beruang, berhati-hati ye



Ok...tamat entri kali ni.  Kita jumpa di entri seterusnya ya #ceritakamidikanada



0 ulasan