Entri 60
Beberapa hari sebelum kedatangan Jumaat, suami saya menerima satu email daripada Meghan. Meghan merupakan agen yang bertanggungjawab menguruskan penempatan kami di sini. Beliau menguruskan pemilihan rumah, sekolah serta perabot dalam rumah mengikut budget yang ditetapkan. Alhamdullilah, saya dapat kawan yang baik, jiran yang baik walaupun mereka semua berlainan bangsa, budaya juga agama.
Habis cerita Meghan...
Email itu berkenaan mengajak ke satu majlis kraf. Seronok saya mendengar pengkhabaran berita daripada suami. Sudah tentu saya ingin sertai. Bayaran untuk kelas ini sebanyak CAD 25. 25 dolar. Nak belajar kita jangan darab-darab kepada RM.
Bila sampai masanya pada hari Jumaat jam 7 malam, saya meminta suami menghantar ke Hirsch Creek Golf Club. Mereka book satu bilik di belakang bar. Woww.. tak sangka ramai juga kenalan saya hari ini. Kebanyakan daripada mereka saya kenal di St. Anthony, mereka adalah ibu-ibu yang bekerjaya di Kitimat. Hebat mereka, walaupun seorang surirumahtangga namun mereka adalah seorang jurugambar professional. Hebat kan!
Ini merupakan catatan pengalaman saya bekerjasama bersama bangsa asing. Walaupun selama ini saya banyak mengikuti kelas-kelas kraf di Malaysia namun perbezaaannya ketara dari segi bahasa. Saya juga tidak menafikan mereka seorang yang pendengar setia kepada cerita kawan-kawan yang lain. Tidak ada yang menjawab WhatsApp dan keseorangan. Kenapa saya berkata begini? ada satu ketika semasa mereka sedang memesan makanan dan minuman. Saya cuba menukar setting handphone saya kepada wifi free dan ada salah seorang rakan di situ bertanya sekiranya saya hendak menunjukkan sesuatu yang istimewa kepada mereka. Saya mengatakan tidak "hanya untuk setting wifi". Rakan di sebelah saya mengatakan "don't worry Siti...Have fun". Di sini saya dapat buat kesimpulan masa bersama rakan, kita raikan bersama.
Walaupun ada ketika, saya memang tidak faham apa yang mereka ceritakan namun saya cuba mendengar secara teliti. Ada yang baru datang dari Australia, Rusia, Ontario dan kebanyakannya berasal dari Canada sendiri. Terus terang saya katakan, kedatangan saya menyertai kelas kraf ini adalah untuk mencari kawan dan melihat kreativiti mereka dalam aktiviti kraf. Menarik!
Jom… saksikan gelagat dalam kelas kraf gubahan bunga.

Sebelah tu Elena (Russian), Belakang Meghan... yang gigi sengeh lebih tu saya lerrrr 😉 |
Sedang mengetuk |
Hasil gubahan yang dah siap |
Taraaa….. dah siap letak bawah lampu. Itu pokok bunga hidup.
Sekian….Jumpa lagi di lain entri..
#ceritakamidikanada
|
2 ulasan
best story pn saya sedang mengikuti blog pn sebab sayaseronok bacapengalaman dari luar negara
BalasPadamTerima kasih kerana sudi membaca. Semoga ia memberi manfaat bersama.
BalasPadam