Umar Buat Lubang Salji Bersama Kawan-kawan...

Kisah di petang Jumaat

Waktu saya jemput dari sekolah, katanya nak tunjuk lubang yang dia gali. Saya tidak fikir panjang, saya turutinya. Tapi, kena memanjat Mama.

"Mama, panjat ye"

Katanya...

"Hati-hati, Mama"

Saya faham sebab banyak tempat di sekeliling sekolahnya memang salji menggunung...

Rupanya, dia bersama rakan-rakan pergi buat projek menggali lubang. Punya la dalam... banyak pula tuhhh. Ada yang siap pergi balik rumah ambil cat-cat macam-macam warna di renjiskan keliling lubang..

Jadilah, seperti sedang tersepit dalam gambar. Lepas tu tanya..

"Mama, ambil la gambar..."

Kemain, nak juga yaaa... nak suruh Mama post di instagram la tuu...

Boleh kan... tengok gelagat Umar ni lucu tau!  Budak kreatif diaorang ni..😇


Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb






0 ulasan