Kalau bercerita tentang kereta, pasti ramai di kalangan kita yang berimpian kereta yang best-best. Tidak kurang juga ingin mempunyai kereta seperti seorang celebrity !
Saya sendiri pernah mempunyai pengalaman memakai kereta mewah selama hampir 8 tahun. Seronok nya bukan main bila dapat memandu kereta mewah. Jalan pun mula mendabik dada. Amboi kan... saya cerita kisah saya bukan orang lain. Tidak dinafikan memang best sangat pakai kereta mewah ni.
Saya pujuk hati mengatakan ye lah, sudah penat bekerja dan mendapat hasil yang ok. Apa salah nya hadiahkan pada tubuh badan sendiri. Betul juga... tidak dinafikan..
Maafkan laa saya ye..
Tapi, tiada salahnya kita mempunyai kereta impian. Namun, kita ikut kemampuan masing-masing. betul kan..
Apabila, suami mendapat tawaran bekerja ke Kanada. Pada saat itu, saya dan suami mengambil keputusan menjual kedua-dua kereta saya.
Di sini, saya sewa beli kereta jenama Subaru. Boleh lihat link di bawah...👉
Apa perasaan korang, kalau hampir setiap hari kena tolak salji daripada atas kereta. Ada masa nak mengilat kereta?
Mula-mula sampai ke sini, saya melihat budaya berkereta mewah bukanlah menjadi satu perkara yang sangat penting dan menjadi keutamaan. Asalkan ada kenderaan itu sudah memadai bagi mereka.
Dan, satu perkara yang saya sangat perasan. Mereka tidak menghiraukan keadaan cat pada kereta mereka. Berkilat kereta seseorang bukanlah menjadi ukuran mereka itu kekurangan duit pendapatan.
Pernah terjadi, saya menaiki kereta kawan saya yang merupakan orang tempatan. Dia membelikan saya kopi panas dari Tim Horton's. Kemudian, entah bagaimana tiba-tiba kopi saya tertumpah. Kelam-kabut saya mengelap. Dia meminta saya biarkan sahaja...
"It's fine, Siti. Don't worry about that..."
Rupa-rupanya apabila makin lama saya menjalani kehidupan seperti orang-orang sini, barulah saya faham.
Mengelap kereta dan memastikan kereta sentiasa berkilat tidak penting kerana kereta anda akan tetap berhabuk dan comot selepas kita merancang ingin memulakan perjalanan.
Tak ramai orang yang sanggup nak mengilat kereta masing-masing di musim sejuk pada suhu yang sentiasa berangin dan sejuk walaupun pada musim panas. Baik kita minum hot chocolate bersama tiramisu sambil menonton movie kegemaran. 😇😇
0 ulasan