Igloo Ku Musnah 😅

Sudah dua minggu menanti suhu turun ke paras negatif...

Dua minggu suhu hanya sekitar 1 ke 5 darjah.  Air hujan yang membasahi bumi Kitimat.  Bukan tidak bersyukur tetapi rindu dengan si matahari...





Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Pandangan daripada hadapan igloo

Koleksi Sitikb
Pandangan daripada dalam igloo



Semenjak masuk tahun baru, semenjak itulah matahari seolah-olah malu inngin menjenguk muka.  Tidak sudi kah kau memberi sinar kepada kami sebagai penghuni bumi di sini..

Ok lahh... sampai situ je lahh..

Panjang pula karangan sajak ni nanti, sementara menunggu masa untuk ke Tamitik Arena 11 tengahari ini.  Hari ini saya menjadi volunteer untuk bahagian health screener...

Nak kisahkan entri kali ini...igloo yang kami bina sudah runtuh...

Jadi saya ingin kongsikan gambar-gambar kenangan saya syok sendiri sebelum sedikit demi sedikit ia runtuh.  

Walaupun harapan itu masih mengharap untuk membinanya kembali...tunggu tahun depan la ye...😑😑

Sungguh memang rasa teruja, perasan, seronok semua ada semasa pembinaan igloo ini.  Mana tak nya... semasa zaman sekolah rendah bila cikgu tanya 

"Orang Eskimo tinggal di mana?"

"Dalam igloo Cikgu...",  begitulah bersemangatnya saya menjawab.  Masa itu saya fikir apalah rasanya berpakaian tebal dan berbulu-bulu macam tu.  Bagaimana la nak ambil air sembahyang dan ke tandas melepaskan apa-apa yang patut di pagi hari.   Masih lagi segar ingatan saya berangan tentang kehidupan orang Eskimo ini..

Haaa...sekarang 'aku bina igloo... weiii'




Koleksi Sitikb
Depan pintu igloo

 

Koleksi Sitikb
Igloo Ku Musnah !!!







0 ulasan