Kalau tidak tinggal di negara 4 musim, saya tidak terfikir ada lambakan pakaian di musim sejuk.
Ada yang bertanya tentang pakaian musim sejuk saya. Terima kasih kepada yang bertanya sekurang-kurangnya saya ada idea untuk mengarang cerita-cerita kami di musim sejuk.
Kanada di kenali sebagai negara yang mengalami musim sejuk yang panjang dan tahap suhu pula boleh menjunam sehingga -55 degrees. Tak boleh bayangkan... ye, saya pun tak boleh rasakan sebelum datang ke mari. Pengalaman saya, saya hanya pernah merasa paling rendah sebelum datang ke Kanada ialah 5 degrees.
Tempat letak payung dan bakul itu menyimpan segala jenis sarung tangan |
Untuk saya, saya ada beberapa pasang baju sejuk. Ada sesetengah baju saya itu hanya boleh dipakai pada musim luruh sahaja. Lepas itu, saya simpan semula sebab tidak mampu menampung kepanasan haba pada badan bila berada di luar rumah. Apabila masuk bulan Januari hingga Mac, saya akan pakai baju sejuk yang boleh tahan haba sehingga -40 degrees. Yang itu, saya beli di sini. Mungkin kalau beli di Malaysia lebih mahal harganya. Kenapa saya perlu pakai yang begitu kerana menjelang bulan Januari hingga Mac, suhu di daerah saya boleh mencecah sehingga -20 degrees.
Baju anak-anak saya juga kebanyakannya saya beli disini. Selain daripada baju, seluar juga ada yang boleh tahan haba. Kalau biasa lihat, orang yang pergi bermain skii. Mereka memakai seluar khas untuk berada di atas gunung. Jadi, untuk anak-anak saya siapkan 'snow pants'. Untuk saya, saya beli di Decathlon di Malaysia yang boleh tahan sehingga -10 degrees. Ok la, sebab saya tidak pergi bermain skii.
Tidak cukup ke kalau hanya pakai seluar jeans sahaja? Boleh, tetapi pastikan jeans itu ada lapisan wool di dalamnya. Semenjak tinggal di sini, saya tidak pakai jeans sebab bila musim sejuk.. kami semua digalakkan memakai pakaian longgar dan berjenis kapas. Elok la begitu kan..
Tempat sangkut baju sejuk |
Sarung tangan yang saya ada |
0 ulasan