Keluarga kami sudah ada 2 ekor kucing yang berusia lingkungan 7 bulan dan 8 bulan. Keduanya adalah daripada keluarga kucing yang berbeza. Satu daripada keluarga Ragdoll dan satu lagi daripada keluarga British Long Hair. Kedua anak bulus ini adalah berjenis bulu tebal.
Saya tidak menafikan memang sukar menjaga keduanya kerana keduanya memerlukan penelitian. Di tambah pula, saya dan suami sangat mementingkan kebersihan. Bukan sahaja, pada bulu mereka malah gigi mereka juga diberus.
Setiap hari, saya dan anak-anak akan bekerja memyedut segala habuk pada setiap ruang rumah. Kalau baca memang nampak memenatkan tetapi itulah latihan untuk memecahkan kalori buat kami sekeluarga. Ia menambahkan kegirangan dalam keluarga kami kerana topik sembang kami anak-beranak sekarang banyak berkisar tentang kucing.
Semenjak saya pelihara kucing, saya lebih suka berkongsi dan melihat gambar kucing-kucing daripada kalangan peminat anak-anak bulus ini di seluruh dunia. Saya menyediakan satu akaun khas di media sosial untuk anak-anak bulus saya.
Walaubagaimanapun, kedua anak bulus saya bukanlah merupakan kucing yang suka dibelai dan dipeluk. Terutama yang jenis daripada Ragdoll. Mereka lebih suka bersendirian dan bermain sesama mereka. Syukur sebenarnya kerana mereka pandai menjaga diri mereka sendiri.
Selepas 3 bulan membela 2 ekor anak kucing, suami saya memberi cadangan untuk mencari lagi seekor anak kucing daripada keluarga Ragdoll. Sukar juga rupanya memilih Ragdoll pilihan hati. Kebetulan, pada musim Covid19 ini ramai pula yang sudah memesan walaupun anak-anak kucing masih dalam kandungan ibunya. Mungkin kerana, ramai tidak dapat mengembara kemana-mana maka mereka ambil keputusan untuk menambah ahli baru. Samada kucing, anjing, arnab, ayam dan sebagainya.
Jangan terkejut, di sini orang Kanada bela ayam seperti mereka membela anjing. Kerana ayam dikategorikan sebagai 'pet'. Ada di kalangan kawan-kawan saya yang merupakan orang tempatan, mereka membela babi dan diletakkan dalam rumah. Dan, ada beberapa orang yang saya kenal dan tinggal berdekatan dengan persekitaran rumah saya membela kuda. Boleh dilihat, petang-petang orang menunggang kuda di sekitar sini.
Begitulah, kita dengar dan hormati budaya mereka... jangan disamakan dengan budaya cara hidup kita. Cara dan kebahagiaan masing-masing tidak sama. Betul kan.
Berbalik kepada kisah anak bulus terbaru saya, saya menunggu selama 4 bulan. Bermula daripada dalam kandungan sehinggalah dia lahir. Syukur, alhamdullilah... sangat comel bila dia lahir.. Kami bersepakat memberi namanya Moji. Tidak ada sempena apa-apa, hanya saya suka dengan nama Moji.
Saya dan suami cuba mencari di seluruh Kanada. Dan, akhirnya suami saya berkenalan dengan seorang peniaga kucing. Amber namanya... Beliau merupakan peminat kucing dan baru memulakan perniagaan kucing. Tinggal di kawasan ladang di Sasketchewan, Kanada. Berurusan dengannya sangat mudah dan telus.
Bermula Moji masih dalam kandungan ibunya sehinggalah urusan vaksin semuanya diuruskan. Ibu kepada Moji telah melahirkan 3 ekor anak kucing. Selepas kelahiran, Amber meminta saya memilih anak kucing tersebut. Dan, selepas itu Amber akan tag pada leher anak kucing tersebut. Tak sangka pula, salah seekor anak kucing telah dibeli oleh seseorang dari Arizona, Amerika Syarikat. Jauh tau! Nak pos...
Dan untuk kami pula, pada 2 hari lepas... Moji telah sampai. Sebenarnya, banyak juga dugaan untuk Moji sampai ke Kitimat. Dugaan salji tebal di Sasketchewan membuatkan Amber terpaksa membatalkan penerbangan. Katanya daripadanya rumahnya ke lapangan terbang yang terhampir mengambil masa selama 5 jam. Kebetulan, kedatangan Moji adalah pada musim sejuk dan sedang bersalji tebal.
Jam 7 malam, hari Jumaat bertarikh 8 Januari 202. Saya sekeluarga telah menjemputnya di Lapangan Terbang Terrace. Anak saya bersiap sedia untuk mengambil kenangan pertama kali kedatangan Moji. Lana memastikan bateri pada video kamera penuh. Syukur, urusan di kaunter Lapangan Terbang Terrace sangat mudah. Pastikan anda semua melihat video rakaman Moji ye...😃😃
SubhanaAllah, pertama kali melihatnya di depan mata tersangatlah comel. Memang comel sungguh kejadian Allah ini. Inilah anak ketiga kucing kami, semoga kedatangannya akan lebih lagi meriahkan suasana kami di sini. Dan, semoga Allah sentiasa memberi kami kemudahan menjaganya. InsyaAllah...😍😍
#ceritakamidikanada #kisahsianakbulus
Moji yang telah di beri nama |
0 ulasan