Khabar Vaksin Covid 19 dari Kanada

Pagi-pagi, selepas saya menyiapkan bekalan makanan anak-anak ke sekolah sementara menunggu mereka bersiap.  Saya buka televisyen, jarang sangat saya ingin melihat berita bila pagi-pagi sebab saya ingin jaga emosi.

Itu pendapat saya sahaja, menjaga emosi di pagi hari sangat penting kerana emosi yang tidak stabil akan terbawa-bawa sehingga ke petang hari.  Tetapi hari ini, saya ingin melihat berita terbaru daripada Presiden Justin Trudeau kerana saya ingin kongsikan kepada pembaca berita terbaru tentang vaksin.

Sudah hampir 2 bulan Kanada menerima stok vaksin yang banyak.  Golongan 80 tahun ke atas merupakan golongan terawal yang menerima suntikan vaksin.  Di British Columbia, sudah lebih 20 ribu menerima suntikan vaksin termasuk frontliners.  Ia akan diikuti oleh kumpulan dan golongan seterusnya mengikut umur.  Dan, saya jangka mungkin kami sekeluarga akan menerima vaksin ini pada September paling awal.   Kerana, kerajaan akan mengutamakan golongan yang lebih berusia serta yang bertugas berhadapan dengan orang ramai.  

Di sini, tiada istilah mengutamakan barisan orang-orang politik termasuk Presiden sendiri belum dapat lagi suntikan vaksin.  

Namun pada hari ini, Presiden Trudeau membuat ucapan meminta mempercepatkan urusan pengagihan vaksin untuk seluruh Kanada.  Walaupun, saya fikir Kanada effisien dalam urusan pembelian vaksin namun bagi Mr Presiden... ia di kira sudah lewat daripada yang dijangkakan.  Begitulah,  mungkin cara ini lebih cepat urusan pengagihan vaksin untuk seluruh negara.  

Lagipun, Kanada sangat luas... perjalanan untuk sampai ke satu-satu kawasan sangat jauh.  Bukan semua penempatan berdekatan dengan lapangan terbang.  Itu sebabnya, helikopter di sini banyak digunakan untuk urusan menghantar barang atau pesakit ke kawasan bandar.  Walaubagaimanapun, untuk urusan yang ini mereka sangat cekap dan teliti.  Kebajikan orang ramai terutama tentang perkhidmatan kesihatan sangat bagus, jauh berbeza dengan negara Malaysia.

Saya bukan hendak membandingkan cara pentadbiran negara saya sendiri.  Kenapa saya berkata begitu?  

Saya di sini tinggal di kawasan yang boleh saya katakan pedalaman.  Di sini hanya ada 9 ribu penduduk sahaja. Berhari-hari memandu untuk sampai ke bandaraya.  Sangat jauh daripada bandar besar tetapi perkhidmatan kesihatan seperti hospital dan klinik gigi ada di sini.  Kemudahan perpustakaan yang sangat lengkap kemudahan pencarian data serta sekolah mencukupi.  Balai bomba, balai polis juga kompleks sukan. Ada pasaraya... walaupun hanya ada dua buah sahaja tetapi bolehlah kalau setakat saya nak buat 'cheese cake' bahan-bahan cukup laaa... untuk penduduk setempat.  Jangan terkejut tau... di sini juga disediakan Rumah Orang-orang Tua yang lengkap dengan untuk orang-orang tua di jaga dengan rapi.

Saya boleh kategorikan saya tinggal di kawasan pekan kecil yang 'friendly' daripada segi sistem kemudahan fizikal. 

Ye betul... seimbang pembinaan daripada bandar ke luar bandar.  Saya minta maaf sekiranya tulisan saya kali ini mengguris kata-kata pembaca.  Penduduk Kanada dan Malaysia sama banyak dan Malaysia sangat jauh kecil dari tanah Kanada.  Kanada bukan negara industri sebenarnya.  Kanada merupakan negara pertanian. Rakyat mereka sememangnya tidak suka pembinaan yang gah, bangunan tinggi-tinggi mencecah ke langit.  Mereka suka hidup dalam keadaan sunyi...  Mereka bangga bergelar sebagai seorang petani.  Hidup dengan cara kehidupan asas bersama ekosistem yang ada.

Begitulah,  khabar daripada Bumi Kanada hari ini...

Jaga diri semua...😊 

Koleksi Sitikb
Masa ni salji baru turun...


0 ulasan