Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun 2021.
Alhamdullilah, syukur kepadaMu yang sentiasa memberi keizinan dan kelapangan jiwa pada hati ini untuk berkongsi secebis pengalaman di bumi kanada buat tatapan pembaca tidak di mana jua mereka berada. Ampunkan diri ini, jika ada banyak kata-kata yang mungkin telah menyebabkan mereka terguris hati. Tiada niat untuk memperkecilkan tahap kemampuan dan kelebihan diri masing-masing.
Semoga tahun 2021, kita semua sentiasa terpelihara dan sentiasa mendapat rahmat lindungan daripada Allah Subhanahuwataala...
Moga tahun ini juga, masing-masing akan mencapai impian dan cita-cita...
Pada entri kali ini, saya ingin mulakan sebuah kisah kami sekeluarga yang telah berjaya menyiapkan sebuah igloo yang berketinggian 6 kaki lebih.
Selama 4 hari menyiapkan bermula daripada jam 2.30 hingga 4.30 petang. Masa yang paling sesuai sebab waktu itu paling lama jarak waktu solat. Kalau buat pagi, sejuk sikit so tunggu matahari bersinar sikit. Dan saya, di waktu pagi lebih banyak menyiapkan urusan rumahtangga.
Pada mulanya, suami saya tidak berapa yakin dapat menyiapkan kerana kami tiada pengalaman dalam hal-hal pembinaan igloo dan bermain dengan ais pula. Suami saya banyak merujuk contoh-contoh daripada pengalaman orang lain di YouTube Channel. Daripada situ, timbul semangat untuk menyiapkannya walaupun mengambil masa berhari-hari.
Kami ke Canadaian Tire di Terrace untuk membeli 2 bekas plastik recycle yang berwarna biru utnuk dijadikan sebagai acuan pada bongkah-bongkah ais. Mengorek saji pada suhu sekitar 0 - 7 degree lebih mudah berbanding suhu lagi minimum kerana salji sudah keras.
Pada fikiran saya, tentulah tidak keluar peluh bila buat kerja-kerja seperti ini di waktu sejuk. Rupanya salah perkiraan saya. Saya dan suami terpaksa menukar kepada baju yang lebih nipis kerana semakin lama buat kerja-kerja pembinaan igloo ini akan membuatkan kita berpeluh. Tapi peluh yang keluar jadi sejuk. 😆
Igloo ciptaan orang Malaysia |
Buat kerja dengan anak-anak ni...lama-lama lebih banyak bermain. Akhirnya, kerja-kerja pembinaan diakhiri oleh orang dewasa.
Saya fikir ini aktiviti bersama anak-anak di musim cuti sekolah. Kami tidak pergi kemana-mana di musim Covid19 ini. Sungguh, saya banyak menghabiskan aktiviti bersama anak-anak dan suami di rumah.
Bila difikirkan kembali, ibubapa perlu kreatif dalam mencipta aktiviti bermain bersama anak-anak. Walaupun Umar, sibuk bermain game.. namun saya dan suami sering membuat perjanjian dengannya tentang aktiviti harian mereka.
Kesimpulannya, hidup di perantauan perlu lebih kreatif dan rapat dengan anak-anak...ditambah pula kami tiada saudara seMalaysia di sini. Alhamdullilah, saya bersyukur dengan apa yang ada. Semoga Allah sentiasa memberi kemudahan kesihatan dan kemudahan dalam beribadah kepadaNya.
Saksikan, video kami di channel YouTube 👇👇👇👇
Igloo bersama Mika |
Dah siap !!! |
Igloo bersama Mika |
0 ulasan