Anak-anak saya suka sangat kalau saya masak resepi ini. Walaupun orang-orang sini guna spaghetti tapi saya guna jenis ini. Nampak lain sikit tapi rasanya sama sahaja.
Selalunya saya masak untuk hidangan makan malam. Semenjak winter, kami makan malam lebih awal sebab gelap jam 4 petang.
Dan, saya rasakan masakan ini sangat mudah dan campak-campak sahaja.
Untuk kali ini, saya gunakan ikan salmon dan udang galah sebagai bahan utama... penambah perisa orang kata.
Ok, jom kita ke dapur...
![]() |
Resepi Fettucine Aglio Olio Salmon |
Bahan-bahannya ialah :-
- 400 gram fettucine
- Broccoli
- Garlic
- Ikan salmon (200 gm)
- Tomato cherry
- Carrot slice
- Oregano flake (1 small spoon)
- Chilli flakes (2 smalls spoon)
- Sprinkle seasoninng (as shown)
- Cilantro leaves powder (half small spoon)
- Shrimp (5 tails)
- Olive oil
- Soy sauce (2 spoons)
- Oyster sauce (2 spoons)
Cara buat :-
- Panaskan 2 sudu besar minyak olive. Sehingga naik bau. Kemudian masukkan garlic dan goreng sehingga naik bau wangi. Jangan sampai hangit ye.
- Terlupa pula, sebelum memulakan masakan ini...jangan lupa rebus fettucine selama 8 minit. Setelah selesai rebus, tapis fettucine dan bilas dengan air.
- Masukkan ikan salmon yang telah dipotong kecil-kecil sebesar 1 inci. Jangan terlalu garing.
- Masukkan sedikit air dalam 2 sudu besar untuk mengelakkan masakan hangit.
- Masukkan shrimp yang telah dibersihkan. Kalau saya, saya hanya buang bahagian kepala sahaja.
- Kacau secara perlahan. Dalam 2 minit.
- Masukkan sayur carrot dan broccoli. Kacau secara perlahan. Dalam 3 minit.
- Kemudian masukkan fettucine yang telah direbus tadi separuh masak. Kacau masakan sehingga fettucine rata kesemuanya. Biarkan selama 3 minit dalam keadaan api yang kecil.
- Akhir sekali, masukkan semua soy sauce, oyster sauce, oregano flake, sprinkle flake dan chilli flake.
- Biarkan dalam 3 minit. Boleh rasa kemasinan masakan. Saya memang tidak masukkan garam dalam masakan ini keran sudah ada soy sauce dan oyster sauce.
Begitulah cara masakan saya untuk Resepi Fettucine Aglio Olio
Di bawah ini saya lampirkan gambar sprinkle seasoning sebagai penambah perasa. Boleh juga guna kuib ayam.
0 ulasan