Jadi Nanny Setengah Hari !!

Hari ini saya ingin kisahkan pengalaman menjadi seorang pengasuh.

Pada 4 Disember 2020 yang lepas, saya telah menjadi Nanny untuk setengah hari. Hurrayy!!! 

Koleksi Sitikb
Henry hanya nak main dengan Mika sahaja


Nama kanak-kanak ini Henry, anak kepada jiran tetangga saya.  Budaknya memang la comel...

Henry lahir pada Januari tahun lepas dan pada masa itu adalah waktu musim salji yang tebal.  Jadinya saya bercadang nak jenguk selepas selesai ibunya berpantang la kan.

Hendak dijadikan, elok habis ibunya waktu berpantang.  Dunia dilanda Covid19, memang la tak dapat nak melawat dia lagi.  Ada la sesekali melambai-lambai daripada jauh tapi tak boleh nak peluk.  Sedih juga... dah la geram tapi dapat tengok sahaja.



Koleksi Sitikb
Habis mata Mika dia nak korek. 😆

Jadi... pada dua hari lepas saya dapat satu pesanan ringkas daripada ibu Henry meminta saya menjadi Nanny for half day.  Pucuk dicita ulam mendatang la kan..😍  

Di sini bila sebut Nanny ia membawa erti pengasuh bayi.  Babysitter pula penjaga budak-budak.  Mungkin  di negara kita sebut lain kan.  Kalau seorang Nanny datang ke satu-satu rumah, dia hanya bertindak menjaga bayi ataupun anak-anak sahaja tidak bekerja sebagai seorang 'maid'.  Maid di sini di kenali sebagai 'cleaner'.

Haaa.. begitulah...

Kenapa saya jadi Nanny pada Henry setengah hari?

Kebetulan Nanny sebenar Henry sedang bercuti dan ibunya pula ada mesyuarat yang tidak dapat dielakkan.  Begitu juga dengan bapa Henry pun ada mesyuarat adhoc.  Maka, memang rezeki saya la semalam...

Dan, kesimpulannya...Henry merupakan bayi yang sangat mudah diuruskan.  

  

0 ulasan