Tahun ini merupakan tahun kedua saya bersama keluarga menyambut cuti Krismas di negara ini. Saya tidak sambut tau, hanya cuti sahaja....
Yang saya perasan sangat, tahun ini di lorong kawasan rumah saya lebih meriah. Salah satu kemeriahannya kerana sudah ramai yang berpindah dan tinggal di lorong kawasan rumah saya. Kalau tahun lepas, banyak rumah masih dalam pembinaan.
Yang keduanya, sebab tahun ini kerajaan Kanada tidak membenarkan penduduk Kanada kemana-mana dan tidak membenarkan mereka mengadakan jamuan raya Krismas. Hanya dibenarkan menyambut bersama ahli rumah masing-masing sahaja.
Maka, saya perasan banyak rumah terang pada malam Krismas Eve. Rumah masing-masing dihiasi dengan pelbagai warna. Rumah kami sahaja, pasang lampu pintu depan dan sememangnya setiap malam saya akan pasang lampu dipintu hadapan. Bukan sebab Krismas.
Saya masih ingat lagi, semasa 'winter break' kami sekeluarga hanya menghabiskan cuti di dalam rumah.
Kami hanya melakukan aktiviti bersama keluarga sendiri. Kalau di Malaysia mungkin dengar macam membosankan kehidupan dan cerita kami kan. Tapi kan, saya seperti biasa akan sibuk dengan dunia saya. Ye lah kerja rumah ni tak pernah habis.
Ditambah pula, kami sudah ada ahli baru dalam keluarga kami .... 2 ekor kucing Mika dan Mina. Lagilah bertambah meriah. 😆. Saya asyik vakum rumah sahaja dan membersihkan kawasan tempat permainan mereka. Satu exercise kan!!
Antara yang paling utama tahun ini, adalah agenda ingin menyiapkan igloo. Satu projek besar saya kira. Tidak akan mungkin boleh dilakukan dimana-mana dunia kecuali negara yang hanya ada salji banyak dan suhunya sangat sejuk.
Untuk membuat igloo memerlukan salji yang banyak. Jadi, bukan semua daerah ada salji yang banyak walaupun Kanada terkenal dengan musim sejuk dan bersalji.
So, nantikan kemunculan igloo kami.. dan doakan kami berjaya ye... projek satu keluarga!!
Dan jangan lupa ke channel YouTube saya
0 ulasan