Kisah Orang Kanada

Cerita ini sebenarnya sudah lama tapi tetiba hari ini saya teringat semula hendak bercerita kepada semua pembaca..

Saya banyak mendapat feed back yang baik daripada pembaca tentang kisah kehidupan saya di Kanada.  Terima kasih semua.  

Ramai juga kawan-kawan saya di sini yang suka explore tentang Malaysia.  Mungkin sebab Malaysia jauh daripada sini dan Malaysia merupakan negara yang kecil daripada kaca mata dunia.  Sungguh, saya tidak nafikan itu semua.

Usahlah kita sebagai rakyat Malaysia di Bumi Asing terasa hati bila orang luar tidak dapat kenal pasti kedudukan peta negara Malaysia.  Kitalah yang sepatutnya berfungsi memperkenalkan budaya kita sendiri.  Seperti kita menjaga keluarga kita sendiri, maka begitulah kita jaga nama dan budaya ketimuran kita.  Saya yakin ramai yang akan mengenali Malaysia...

Di sini, walaupun kami tidak bersembang seperti sebelum-sebelum ini sebab Covid 19 tetapi saya ada jlin satu platform komuniti di sini iaitu komuniti English.  Ia terdiri daripada kalangan yang bukan penduduk sini iaitu yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah.

Semasa bersembang di platform ini dengan bercerita dan bertanya khabar menggunakan Microsoft Team.  Tiada tajuk yang khusus.. tetapi ia di ketuai oleh seorang yang merupakan Canadian dan menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan seharian.  Kenapa saya kata begitu? Kerana di Kanada bahasa Perancis juga dijadikan bahasa utama.  Mereka berasal disebelah Timur dan Tengah Kanada.

Saya sangat perasan satu perkara dan tabiat orang-orang di sini ataupun orang sebelah Barat.  Yang mana kita orang Malaysia yang sangat jarang-jarang buat.

Pertama sekali, mereka akan bertanya khabar...

Kemudian, mereka akan bertanya tentang perkara yang menyedihkan telah berlaku pada minggu ini.  Daripada situ, ada yang memberi kata-kata perangsang dan semangat.  Bersembang tentang pengalaman sedih seperti yang dikongsikan.

Kemudian, mereka akan bertanya tentang perkara yang mengembirakan yang telah berlaku pada minggu itu.  Di situlah mereka minta kita berkongsi kegembiraan bersama-sama...

Selain daripada itu juga, sekecil-kecil perkara bila saya bercerita mereka sangat perasan dan mendengar...menarik sangat bila saya fikirkan tentang sistem pendidikan di sini.

Apa yang saya kisahkan di sini, mungkin ada di kalangan kita sudah lama mengamalkan.  Kepada yang sudah buat saya ucapkan ribuan tahniah.

Koleksi Sitikb


Bagi saya, banyak perkara yang saya belum buat dan saya sedang praktikkan.  Mungkin juga, cara didikan keluarga saya yang berbeza.


Koleksi Sitikb


Koleksi Sitikb


0 ulasan