Semalam, telah diisytiharkan secara rasmi siapa Presiden Amerika Syarikat terbaru...
Joe Biden itulah nama yang diwar-warkan seluruh dunia... dan Kamala Harris sebagai Vice Presiden.
Saya sendiri yakin ramai yang menyukai dan ramai juga tidak menyukainya. Namun, kita terima undian dan peratusan tertinggi. Menerima dengan hati yang terbuka..memang sangat sengit kalau dilihat daripada hari permulaan pengiraan undi sehingga kepada tarikh tamat pengiraan.
Saya yang tinggal kat Kanada ini pun terasa sibuk menyibuk jugalah nak ambil tahu pasal negara sebelah. Sebenarnya bagi saya, kemenangan untuk setiap Presiden USA sebab ada kaitan pada dunia kerana mereka adalah kuasa besar.
Namun begitu, sebagai rakyat marhaen ni saya sentiasa berdoa semoga kita semua sentiasa terpelihara daripada segala musibah. Sebenarnya dunia masih lagi dalam ketakutan mengenangkan peperangan USA menyerang Iraq satu ketika dulu. Sehinggakan berlaku pecah belah dan keruntuhan sebuah kerajaan. Tuduh-menuduh, fitnah memfitnah akhirnya bila peperangan itu berakhir tidak nampak pun sebarang keputusan yang baik..
Yang hanya kita nampak, ramai orang tidak berdosa mati terbunuh... anak-anak kehilangan ibubapa, berlari menyelamatkan diri ke negara lain. Yang kaya semakin kaya...
Begitulah... sikit je lah.. saya nak berceloteh petang ni...
Jom.. saya kongsikan gambar saya di sini sebelum salji turun lagi...
Moga-moga impian anda semua tercapai...Aaminn
0 ulasan