![]() |
Salji Masih Turun |
![]() |
Buang Salji Depan Rumah |
![]() |
Sibuk Kakak Lana buang salji di tangga |
![]() |
Umar dah mula baring atas salji |
Hari Jumaat lepas... salji turun agak lama ..
Saya kira lebih 10 jam, maka salji turun dengan ketinggian 20 cm. Orang sini akan kira mengikut ketinggian salji itu bila salji sudah berhenti.
Saya perasan salji masih lagi turun sampai ke tengah malam...
Umar dah mula ajak saya temankan dia bermain salji di luar jam 10.30 malam. Saya pesan pada Umar supaya memakai baju sejuk dengan sempurna, jangan sampai angin masuk ke dada...
Lana pula siap keluarkan penyodok salji sebab katanya nak buang salji atas kereta. Memang saya pun terkejut bila lihat salji sudah mula menimbun di atas kereta.
Lana kata kena buang salji sekurang-kurangnya, esok pepagi tidaklah kelam-kabut nak buang salji. Sebenarnya bila salji tebal atas kereta, ambil masa juga dalam 5 minit. Kalau tidak dibuang pintu kereta tidak boleh dibuka.
Alhamdullilah... ada 2 orang anak yang banyak membantu bila salji penuh di hadapan rumah..
Begitulah... jom lihat gelagat Umar dan Lana..
0 ulasan