Apa Itu Daylight Saving?

Hari ini merupakan hari pertama selepas Daylight Saving iaitu pada hari Ahad semalam jam 2 pagi.

Apa itu Daylight Saving? Ia bermaksud menyimpan cahaya di siang hari.  Biasanya sistem ini berlaku pada 1 November dan pertengahan bulan Mac setiap tahun.  Di Kanada, pada 1 November jam agak dilambatkan 1 jam lebih awal.  Pada bulan Mac pula, jam waktu akan dipercepatkan 1 jam ke hadapan.

Bagi saya, ia bertujuan untuk menyeimbangkan cahaya matahari sebab bila musim sejuk, waktu siang sangat pendek. Iaitu sekitar 6 jam sahaja cahaya matahari bersinar.

Kebiasaannya di tempat saya, pabila masuk musim luruh... suasana akan menjadi suram.  Terutama selepas perayaan Halloween.  Semenjak 3 minggu lepas, suhu tak naik langsung ke 15 degrees..

Memang mengantuk sahaja mata nih...

Cara saya untuk elakkan mengantuk adalah dengan cara menulis di blog ini.   Saya akan edit gambar dan edit video.

Kadang-kadang saya ke bilik jahitan...

Bagi saya walaupun suasana sejuk dan tidak panas macam Malaysia, ia perlukan kekuatan dari pelbagai sudut...

Koleksi Sitikb


0 ulasan