Kisah Halloween kami...

Lagi dua hari orang-orang sini akan menyambut Halloween..

Kami memang tak sambut dan tidak akan meraikannya.  Kalau ada kawan-kawan Lana dan Umar datang minta gula-gula atau coklat saya siapkan sebagai hadiah kerana mereka tetamu saya.  Lagipun, mereka tidak akan masuk rumah hanya di pintu rumah sahaja.

Agak sukar sebenarnya, apabila saya beritahu tentang 'kami tidak meraikannya'.  Ramai yang tidak faham.. kata mereka ia adalah sambutan 'for fun'.  Tapi, bagi umat islam tidak semua perkara boleh dijadikan 'for fun' kerana ia boleh jatuh kepada melanggar akidah.  Allah sudah kata tidak boleh, maka kita ikut sebagai hambaNya.  

Apabila saya membaca kisah disebalik Halloween ini, orang-orang Islam memang diharamkan untuk meraikannya. 

Ia tentang meraikan kemenangan dan memuja hantu untuk memberi inspirasi pada tuan rumah.  bagi orang Islam, tidak perlu untuk memuja benda-benda selain daripada Allah yang Satu.  Labu-labu yang di ubahsuai seperti muka manusia sebagai meraikan kedatangan benda-benda ini.

Halloween ini bermula dari Ireland sebenarnya.  Ia adalah sebahagian sambutan masyarakat jahiliah.  Tetapi, penganut Kristian telah menjadikannya sebagai salah satu sambutan dalam agamanya.   

Ia adalah perayaan buat agama Kristian Roman Katholik.  Semuanya berkaitan dengan menyeru roh-roh orang yang sudah mati.

Saya tahu ramai orang Islam kata tidak meraikannya tetapi mereka berpakaian serupa hantu dan make-up muka seperti hantu-hantu.  Kemudian, membuat ukiran wajah hantu pada labu-labu besar.  Bagi saya, itu maksudnya kita meraikannya.

Saya sudah katakan pada anak-anak kita tidak boleh buat seperti orang yang beragama lain....budaya agama lain.  Sekiranya, anak-anak saya dijemput bersama pergi meminta gula-gula ataupun disebut candy... saya dan suami tidak benarkan.  

Tidak mudah sebenarnya berada dalam situasi saya, saya ada anak-anak yang sedang meningkat dewasa.  Walaupun, saya sendiri tidaklah mahir sangat dalam urusan agama tetapi apa yang asas tetap saya tekankan untuk keluarga saya di sini.

Walaubagaimanapun, saya bersyukur anak-anak saya pernah belajar dan bersekolah Tahfiz semasa di Tanahair.  Banyak pembelajaran yang mereka masih ingat dan saya berharap semoga Allah sentiasa memelihara iman kami serta akidah di Bumi Maple ini...

Amin Aminn... InsyaAllah... 

Koleksi Sitikb



0 ulasan