![]() |
Orang panggil 'Fresh Snow' |
![]() |
Orang kata ini pokok krismas...😀 |
Malam semalam...
Lebih kurang jam 8 malam, saya menjemput anak saya di Ice Rink selepas bermain skating dengan rakannya Daniel. Sambil berdiri di hadapan pintu, mata saya merenung ke arah cahaya lampu di sekitar Ice Rink.
Suasana yang sudah gelap seperti kelihatan sudah sangat larut malam. Sedangkan jam baru sahaja menginjak ke pukul 8 malam.
Saya terasa ais di tangan...
Eh, salji turun ni!...
Kelihatan jalur-jalur air yang sangat halus berterbangan di bawah lampu...
Saya mendongak ke langit...
Ye...salji sudah mula turun..
First snow in this year...
Awal pula rasanya, salji turun tahun ini. Patut terasa suhu seperti sudah seakan-akan -5 degrees.
Saya baca berita Canada Weather.ca ... salji dijangka akan turun lebih awal tahun ni.. Allahuakbar... Allah beritahu supaya bersedia.
Jom... saya kongsikan laman belakang rumah saya yang sudah penuh dengan salji.
0 ulasan