![]() |
Bila menjelang hari Jumaat, semuanya menarik nafas lega. Hari akhir dalam setiap minggu.
Pagi ini merupakan hari Jumaat yang agak dingin. Semakin hari semakin sejuk dan suhu semakin jatuh. Bila-bila masa sahaja salji akan turun.
Lana dan Umar sangat seronok menanti salji turun di hadapan rumah. Pengalaman bermain sledge di hadapan rumah butaan hari-hari seperti pergi ke Taman Permainan Salji.
Setiap hari Jumaat, Lana akan pergi lebih awal berbanding hari-hari yang lain kerana kelas pertama bermula pada jam 7.30 pagi. Tiga kali seminggu kelasnya akan bermula pada jam 7.30 pagi.
Masih gelap ketika menghantar Lana di hadapan pintu sekolah. Seperti dalam cerita Harry Porter Lana kata sebab kelihatan kabus yang sangat tebal dalam jarak kurang 3 meter. Beserta tiupan angin buatkan Lana berlari masuk dengan segera ke dalam bangunan sekolah.
Semenjak musim Covid19, pintu masuk ke sekolah juga telah ditetapkan mengikut gred pelajar. Dan, pelajar wajib memakai topeng muka sepanjang berada dalam bangunan sekolah kecuali ketika berada di kerusi masing-masing di dalam kelas. Walaupun agak tidak selesa tetapi lama-kelamaan pelajar sudah mula serasi dengan peraturan baru ini.
Ketika memberhentikan kereta di kawasan parking kereta, kelihatan beberapa pelajar juga sedang berlari anak ke arah pintu masuk. Ada pelbagai warna pada pakaian masing-masing. Tidak lupa juga, pada rambut masing-masing. Ada yang berwarna merah, hijau... Saya melihat seperti pesta rambut pula.
Di sini, tiada peraturan dalam cara berpakaian. Pelajar bebas memakai pakaian yang mereka suka. Ia bukan merupakan salah di sisi undang-undang. Sekiranya meraka ingin memakai seluar pendek ke sekolah juga, ia tidak menjadi satu kesalahan.
Menurut cerita Lana, ada kawan-kawannya akan menukar baju tidur di sekolah selepas sesi persekolahan pertama berlangsung. Nak tergelak pun ada tetapi Lana kata...
"Mama tak boleh ketawakan diaorang sebab itu sudah budaya meraka. Lagipun, di rumah sangat sejuk. Kebanyakannya buat begitu sebab untuk mengelakkan kesejukan dan mungkin mereka bersiap di sekolah.
Sesungguhnya, saya bersyukur Lana memilih cara berpakaian seorang wanita muslimah. Ye, Lana satu-satunya relajar di sekolahnya yang memakai tudung. Syukur, Alhamdulillah... doakan semoga Lana terus istiqamah.
#tintapenulis #ceritakamidikanada
0 ulasan