Untuk kali keduanya kami sekeluarga menikmati musim luruh di Kanada...
Di sini, musim luruh dikenali sebagai 'Fall', ada sesetengah negara di mengenali sebagai 'Autumn'.
Musim luruh terkenal dengan keindahan pada pokok-pokok yang berwarna-warni. Masa inilah ramai yang bergambar untuk wedding sebab sangat sesuai dengan wanna puts pakaian pengantin mereka.
Musim luruh sebenarnya tempohnya tidak lama, lebih pendek berbanding musim-musim yang lain. Maka, ramai yang mengambil kesempatan untuk pergi berjalan-jalan di dalam hutan Hanya untuk mengabadikan warna-warna pokok yang sangat cantik ditambah pula dengan daun-daun yang berguguran di bawah pokok.
Di Kitimat, musim luruh agar lembap. Hampir setiap hari hujan turun, jadi saya sendiri lebih kerap memakai boot. Tidaklah menjadi satu fesyen yang melampau jika memakai boot ke sana-sini walaupun di dalam pasaraya. Kerana, ia merupakan satu keperluan. Di waktu ini, saya amat jarang memakai kasut sukan seperti yang anda semua lihat sebab kasut boot memelihara kesejukan sehingga ke betis. Di waktu musim panas pula, saya lebih selesa memakai kasut sukan.
Jangan terkejut tau! Di sini musim luruh suhunya boleh mencecah ke paras bawah 10 degree. Walaupun, matahari bersinar tetapi angin yang bertiup sudah cukup membuatkan kita menggigil di tengah panas cahaya matahari.
Digalakkan memakai pakaian yang bertutup seluruh badan kerna angin sejuk yang bertiup boleh menyebabkan kita mudah terkena demam flu. Kalau sudah demam, memangla susah nak baik. Lagi pula masa ini, semua diminta menjaga diri seria kesihatan masing-masing sendiri dan jarak sosial.
Di sini, kalau setakat demam flu, kita hanya perlu ke farmasi berdekatan dan membeli ubat-ubatan di kedai farmasi. Hanya konsultasi daripada farmasi sahaja. Saya bersyukur kerana dikurniakan ilmu dalam bidang ubat-ubatan sementelah saya pernah bekerja di 2 buah klinik di Malaysia lebih daripada setahun. Sepanjang bekerja di klinik, saya merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memesan ubat-ubatan di klinik berkenaan daripada syarikat-syarikat yang membekalkan ubat.
Haaa...begitulah ye..
Satu perkara lagi, di musim luruh ini juga saya boleh melihat burung-burung yang pelbagai warna mencaki rezeki di laman rumah saya. Menurut orang-orang di sini, burung-burung ini sebenarnya sedang berhijrah ke selatan mencari kawasan lebih panas. Mereka bergerak secara berkumpulan dan akan berhenti di kawasan yang ada cahaya matahari.
Jom, tengok gambar musim luruh di daerah Kitimat dan Terrace.
0 ulasan